Sunday, March 24, 2013

Ketahui Sejarah Bangsa Tausug dan Kesultanan Sulu bersama Saudara Asree

0 comments
Salam Kasih Sayang

Tausug, Suluk atau Sulu  adalah sesuatu perkataan yang mungkin agak asing bagi kebanyakan dari kita, namun tidak sejak kebelakangan ini berikutan insiden yang berlaku di Lahad Datu. Yang mana, telah membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri semua, khususnya rakyat Malaysia tentang apa, siapa dan seribu satu pertanyaan lain berkaitan Tausug, Suluk mahupun Sulu. Untuk menjawab semua pertanyaan ini saya rasa anda harus memiliki sebuah buku yang bertajuk "Tausug Dan Kesultanan Sulu" hasil kajian seorang anak Tausug sendiri iaitu, Saudara Julasri Bin Hajad yang lebih senang dikenali sebagai Asreemoro. Buku tersebut akan menjelaskan pertanyaan-pertanyaan tersebut dengan jelas sejelas-jelasnya.  Jadi apa tunggu lagi, dapatkan buku tersebut di toko buku yang berdekatan (hhaha...promote pulak).


Tidak dengan itu, anda juga boleh mengunjungi laman blog Saudara Asree iaitu Tausug Global untuk penjelasan yang lebih lanjut dan dapat mengenali penulisnya sendiri. Baru-baru ini beliau mendapat jemputan dari Stesen TV AlHijrah untuk program bual bicara berkaitan Isu Lahad Datu dan Sejarah Tausug itu sendiri. Dengan lantangnya beliau menyampaikan fakta-fakta sebenar berdasarkan kajian yang dibuatnya selama bertahun-tahun Namun, bagi saya masa tidak mencukupi untuk beliau menjelaskannya secara terperinci dalam program yang berlangsung selama lebih kurang 30 minit bersama beliau. Jadi diharapkan, di lain waktu beliau mendapat masa yang lebih, agar dapat beliau berkongsi lebih pengetahuan kepada para penonton.



Jadi itu sahaja untuk post kali ini, semoga kita semua beroleh ilmu yang bermanfaat dan terhindar dari fitnah dunia yangg memaharajalela dalam dunia kini. Ingatlah, hanya dengan ilmu kita mampu bertahan. Wsalam


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...