Friday, July 27, 2012

Movie Wajib Tonton 2012 (8 Jam)

0 comments
Salam

Saya terasa ingin menulis sesuatu di dalam blog ini seusai menonton sebuah "movie" yang bagi saya bolehlah diberikan "rating" 5 bintang atas jalan cerita dan teknik penceritaan yang agak menarik. Movie yang saya maksudkan adalah bertajuk 8 Jam lakonan Shaheizy Sam bersama Yana Samsudin. Sesungguhnya bagi saya banyak pengajaran yang boleh di perolehi dari movie ini, antaranya;


  1. Persekitaran mencorak keperibadian seseorang,
  2. Maut sentiasa mengintai setiap anak Adam.
  3. Jangan berurusan atau melibatkan diri  dengan "loan shark",
  4. Pergaduhan tidak menyelesaikan masalah, malah makin merumitkan.
  5. Jika anda merasa anda sudah cukup kuat (bela diri), harus di ingat ada lagi orang yang lebih kuat.
Ada banyak lagi sebenarnya pengajaran dari movie ni, namun dek kerana mata saya da layu (nak tidur da..). jadi itu saja yang dapat saya ceritakan untuk kali ini. Apa yang pasti anda harus menonton filem ini kerana selain daripada cerita yang menarik, filem ini juga mempertontonkan aksi-aksi bela diri yang menghiburkan den mengasyikkan hasil usaha anak tempatan.Jadi apa tunggu lagi. Jom tonton~


Sedikit sinopsis :
8 Jam mengisahkan seorang anak yatim piatu lakonan Shaheizy Sam membesar dalam keadaan persekitaran yang tidak sihat. Sehingga membuatkannya berkelakuan tidak sopan dan panas baran. Dia akhirnya dijatuhi hukuman bunuh gantung sampai mati di atas kesalahannya membunuh. Namun, dia mempunyai masa sebanyak 8 jam untuk meneruskan hidupnya. Dalam 8 Jam itulah banyak perkara (flashback)yang mengasyikkan berlaku. Selain adegan aksi, filem ini juga memaparkan kisah percintaan di antara Shaheizy Sam dengan Yana Samsuddin yang bermula semenjak kecil lagi.


 Saya mengucapkan "Tahniah" kepada semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...