Friday, March 9, 2012

Pelajar Berusia 14 Tahun Diberhentikan Sekolah Kerana Mengodam Jaringan Komputer Sekolah

0 comments
Seorang pelajar yang bernama Aaron Bond, 14 tahun telah diberhentikan dari sekolahnya kerana didapati telah melakukan aktiviti mengodam jaringan komputer sekolahnya sendiri. Beliau yang berhasil mengakses informasi rahsia berkaitan murid dan guru di sekolah, termasuk informasi soal keuangan wakil pengetua sekolah ternyata sangat menyesal dengan tindakannya dengan berkata "Kalau saya tahu ini akibatnya, saya tidak akan melakukan perkara tersebut". Sementara itu, pengetua sekolah,  Kate Mason berkata "Pihak kami bertindak mengeluarkan Aaron karena beliau telah melakukan kesalahan yang serius,". Walaupun banyak pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan pihak sekolah mengeluarkan Aaron, namun pihak sekolah tetap bulat dengan keputusan tersebut.


Aaron pernah mendapat perhatian umum atas kejayaannya membuat aplikasi untuk smartphone yang bertajuk Spud Run. Pada saat itu juga namanya meningkat naik sebagai pembuat aplikasi smartphone paling muda di Eropah iaitu pada usia 13 tahun.  Beliau mempelajari teknik membuat aplikasi melalui tutorial di internat. Apa yang lebih menakjubkan, semasa berumur 6 tahun beliau telah membuat laman web untuk suatu syarikat perusahaan. Sememangnya beliau adalah amat berbakat besar dalam bidang ini. Namun, dalam hal ini beliau telah menyalahgunaakan anugerah tersebut. Dan beliau terpaksalah menanggung akibatnya.

# Janganlah menyalahguna.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...