Monday, March 5, 2012

Jom Download Gambar Pemandangan Alam Semulajadi Di Sini [Nostalgiaku]

2 comments
Ketika berada di Tingkatan Dua, saya dan 2 orang rakan mempunyai satu aktiviti pada waktu rehat masa persekolahan. Aktiviti tersebut adalah menonton slideshow gambar-gambar alam semulajadi menerusi komputer riba seorang Guru Matematik yang amat kami sanjungi. Beliau membiarkan kami menghayati keindahan ciptaan Allah S.W.T , sementara beliau membuat kerja beliau. Sehingga pada suatu masa, kami bertiga di denda oleh seorang Guru Bahasa Inggeris akibat tidak masuk ke kelas beliau selepas tamat masa rehat. Bukan apa, kami terpesona dengan pemandangan-pemandangan ciptaan Tuhan tersebut sehingga kami terlupa bahawa masa rehat sudah tamat. Setelah bertahun lamanya, saya tiba-tiba teringatkan Guru Matematik tersebut sewaktu terlihat gambar pemandangan alam semulajadi yang pernah suatu ketika dahulu saya lihat di komputer riba beliau. Nostalgia sungguh. Jadi di sini, saya ingin berkongsikan gambar-gambar tersebut.




Ini baru sikit, sekiranya anda mahu men-download lebih banyak lagi gambar pemandangan seumpama ini sila klik di sini. Ada banyak lagi gambar pemandangan yang lebih menarik.

#Pada masa hadapan saya akan upload-kan link download di pages download pictures. Jadi, anda klik di sini untuk lebih banyak gambar menarik.

2 Responses so far.

  1. sungguh indah ciptaan allah s.w.t kan. tak tercapai akal manusia (^_^)

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...