Thursday, March 1, 2012

Hantar SMS Mengunakan Akaun Gmail Ke Sebarang Nombor Maxis Dan Digi [Percuma]

2 comments
~Salam Rakan Pembaca~


Kalau sebelum ini saya pernah buat entry mengenai cara-cara menghantar SMS (sistem pesanan ringkas) percuma dari laman web ke telefon bimbit (Sila klik di sini untuk melihat entry tersebut.). Pada kali ini pulak, saya akan menulis berkenaan cara-cara menghantar sms mengunakan akaun Gmail ke sebarang nombor Maxis dan Digi secara percuma. Buat masa ini, aplikasi ini hanya menyokong talian Maxis dan Digi sahaja.

Jadi kepada penguna selain Maxis dan Digi, di harap bersabar, semoga akan datang aplikasi in menyokong semua layanan telekomunikasi yang ada di Malaysia. Baiklah, jika anda ada membaca entry saya yang berkaitan sebelum ini, ada sudah tentu tahu bagaimana aplikasi ini berfungsi. Untuk itu tanpa membuang masa saya ingin meneruskan dengan cara-cara menghantar SMS percuma ini.

1. Perkara pertama ialah anda hendak la Sign In ke akaun Gmail anda, (Sign Up jika belum punya akaun Gmail)


2. Seterusnya silakan lihat sebelah kiri (bawah) window anda. Anda akan nampak satu kotak di situ. Apa yang anda harus lakukan ialah, masukkan nombor telefon Maxis ataupun Digi (nombor penerima). Kemudian tekan "ENTER" atau klik "Send SMS"


3. Langkah Seterusnya ialah, anda akan di minta memasukkan nama penerima. Letak saja nama yang anda sukai. Kemudian tekan "Save".

4. Setelah itu, anda akan melihat satu kotak kecil di sebelah kanan (bawah) window anda yang mana akan anda gunakan untuk menghantar SMS. Apa yang anda perlu lakukan ialah taipkan SMS anda pada kotak tersebut, kemudian tekan "ENTER" (semudah makan kacang..eheheh) dan... Selesai.. SMS anda dihantar.


5. Beberapa saat kemudian, anda akan menerima pengesahan penghantaran (report) SMS anda.

Anda juga boleh menbalas SMS yang dihantar mengunakan akaun Gmail ini dengan pakej tertentu yang di tetapkan oleh Pihak Penyedia Perkhidmatan. Kalau Maxis, anda akan di cas RM0.10/ sms. Digi saya tak pasti pulak, sebab saya belum cuba. Almaklumlah saya penguna Maxis sejak dari dulu. Kalau nak tahu lanjut, cuba la sendiri. Baiklah, sampai di sini dulu. Semoga bermanfaat.


2 Responses so far.

  1. Entri yg menarik..

    Di web ini juga menawarkan SMS percuma.

    http://www.mostsms.com/

    Tiada kadar tersembunyi..:D

  2. d4533k3r says:

    Terima Kasih Terbaik.my,

    Dalam entry sebelum ni saya pernah mention MOSTSMS.com ni.
    Sila klik ~> http://thesickofblogging.blogspot.com/2011/09/freesms-using-computer_04.html

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...