Tuesday, February 21, 2012

Seorang Pelajar Di Penjara 8 Bulan Kerana Mengodam Facebook

2 comments
~Salam~


Facebook merupakan suatu fenomena di abad ini, maka dengan itu ramai "hacker" atau pengodam yang bergelar "black hat" sentiasa mencari kelemahan sistemnya untuk pelbagai tujuan. Itulah juga yang dilakukan oleh seorang anak muda dari United Kingdom bernama Glenn Steven Mangham (26 tahun) yang dijatuhkan hukuman penjara 8 bulan kerana didapati mengodam sistem keselamatan Facebook. Hukuman dijatuhkan setelah beliau mengaku memecah masuk ke dalam sistem keselamatan Facebook antara bulan April dan Mei tahun lepas. Walaubagaimanapun, tiada maklumat berharga berjaya diperolehi melainkan beberapa maklumat yang di anggap "I. Setelah pihak Facebook mendapati ada serangan terhadap sistemnya dalam bulan Mei, pihak Facebook memaklumkan kepada pihak berkuasa. Kes kemudiannya di ambil alih oleh Federel Bureau Investigation (FBI) untuk siasat selanjutnya. Siasatan membawa pihak berkuasa kepada penangkapan Glenn di rumah beliau di  Cornlands Road, York. Pihak Facebook terpaksa membelanjakan $200,000 (£ 126,400) bagi proses penyiasatan.

Dalam kenyataannya kepada Makhamah, Glenn berkata beliau mengodam Facebook adalah untuk mengesan kelemahan dalam sistem keselamatan dan membuat laporan yang akan diberikan kepada pihak Facebook untuk menunjukkan kelemahan sistem keselamatan mereka agar dapat diperbaiki.

Hakim Alistair McCreath tetap menjatuhkan hukuman kepada Glenn dengan berkata, tindakan sedemikian boleh menyebabkan kesan yang serius, khususnya kepada sebuah Syarikat Perniagaan Antarabangsa yang besar seperti Facebook ini.

Mahkamah juga mendapati Glenn menunjukkan simptom-simptom sindrom Asperger melalu pengakuannya dan didapati melakukan aktiviti pengodaman ini adalah untuk membuktikan dirinya kepada ayahnya yang berkerja dalam industi komputer.

# p/s : Jadilah Hacker Sejati..ahahahah




2 Responses so far.

  1. This post is having a perfect explanation about this topic. Key point of this post is valuable information. Many things are now clear to me. I am thankful for this post.

  2. d4533k3r says:

    Thanks.. keep reading my post. You will learn many more~

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...