Saturday, February 25, 2012

Jom Menyokong Kempen Earth Hour 2012

0 comments
Pada ketika ini saya yang sedang menonton perlawanan Sepak Takraw antara Indonesia dan Thailand dalam ISTAF Super Series setelah baru sebentar tadi Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir yang berlangsung esok setelah mengalahkan pasukan Korea. Terasa kebangkitan pasukan Malaysia dalam sukan Sepak Takraw. Semoga prestasi ini berkekalan sehingga memenangi semua perlawanan yang di sertai. 

(p/s : Saya merupakan antara peminat sukan Sepak Takraw...Ehehehe~).


Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal Sukan Sepak Takraw, peranggan di atas ni cuma iklan semata-mata. Apa yang ingin saya ceritakan ialah berkenaan Earth Hour 2012 yang tak lama lagi akan berlangsung. Tahun lepas, saya turut menyertai kempen Earth Hour sebagai seorang penghuni muka bumi yang prihatin terhadap "kesihatan" bumi iaitu dengan memutuskan bekalan elektrik untuk sementara waktu di rumah sendiri pada 31 Mac 2011 (jam 8.00 malam). Namun, apa yang agak mengecawakan, ramai lagi manusia yang tidak mengetahui Program Earth Hour ni. Buktinya semasa rumah kami bergelap (Earth Hour 2011), rumah jiran-jiran yang terang benderang saja. Malah dapat saya katakan di sini, bahawa hanya rumah kami sahaja yang bergelap pada masa itu di kawasan ini. Saya pasti pelbagai kempen telah dibuat oleh pihak berwajib, samaada melalui media cetak mahupun media elektronik. Tapi, macam yang saya katakan tadi. Tiada tindakan yang diambil menyokong kempen mencintai alam ini.


Jadi pesan saya di sini, marilah kita terus memelihara dan memulihara alam tempat kita tinggal ini. Siapa lagi kalau bukan kitakan?? Lagi 35 hari akan berlangsung Program Earth Hour 2012. Berkorbanlah selama sejam pada masa itu untuk kepentingan bersama. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...