Sunday, February 26, 2012

Hentikan Aplikasi Latar Pada Android Dengan Advanced Task Killer Free

0 comments
~Salam~

Beberapa ketika yang lalu, smartphone android abang ipar saya (suami kakak sepupu) telah "hang" sehinggakan beliau telah menghantar smartphone tersebut ke kedai untuk dibaiki. Setelah dibaiki oleh "orang kedai"  dengan upah RM50, Mamat cina a.k.a "orang kedai" memberikan sebuah aplikasi yang berfungsi untuk mengelakkan smartphone berbasis Android daripada "hang". Aplikasi tersebut adalah Advanced Task Killer Free.
Setelah saya melihat dan meneliti software tersebut, saya dapati, software tersebut sememangnya berkesan untuk menghentikan aplikasi-aplikasi yang bergerak secara latar di dalam sistem Android. Permasalahan yang mengakibatkan smartphone Android sering "hang" adalah kerena aplikasi yang dibuka tidak ditutup dengan betul sehingga menyebabkan aplikasi yang bergerak secara latar akan bertimbun dan mengakibatkan RAM akan "kelam kabut" menguruskan sistem yang berjalan. Dengan aplikasi ini, masalah tersebut dapat diatasi. Aplikasi ini bertindak seperti Task Manager pada Komputer berbasis Windows. Yang mana anda dapat mematikan aplikasi yang anda inginkan dengan hanya menekan satu butang.

Untuk memuat turun aplikasi ini, anda hanya pergi ke Android Market dan taipkan "Advanced Task Killer Free." pada kotak search. Seterusnya tekan "enter". Sila rujuk gambar dibawah:~>



# Paling penting, anda perlu sign in mengunakan akaun gmail untuk mendownload melalui Android Market ini. Setelah aplikasi berjaya didownload ke komputer, anda hanya perlu install ke smartphone Android anda untuk menjalankannya pada smartphone anda. Sebenarnya anda juga boleh mendownload terus ke smartphone anda sekiranya smartphone anda ada sambungan internet. 

Untuk menjalankan aplikasi ini : 

  1. Selesai meng-install aplikasi ini pada smartphone anda, anda hanya perlu mengklik pada icon untuk menjalankannya.
  2. Setelah tetingkap baru muncul, anda hanya perlu tick-kan aplikasi yang ingin anda hentikan dan kemudiannya menekan butang "Kill selected apps". Selesai. Sila rujuk gambar dibawah:~>
  
Pelbagai tetapan (setting) yang anda boleh buat terhadap aplikasi ini seperti :

  1. Auto Start.
  2. Auto Kill Level. (Disable, Safe, Aggrasive and Crazy)
  3. Auto Kill Fraquency (Every 4 hours, 2 hours, 1 hours, Half hours and When Screen Off)
  4. Security Level (High, Medium and Low)
# Jadi terpulang kepada anda sendiri untuk menetapkan tetapan (setting) seperti apa yang anda inginkan.
~>Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. Wassalam~


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...