Wednesday, January 4, 2012

Rekaan Seterika Lama Yang Menarik Dan Unik

0 comments
~Salam~

Sejak bermulanya peradaban manusia, pakaian menjadi satu aspek penting dalam kehidupan. Menjadi keutamaan untuk mengenakan pakaian yang bersih dan kemas. Malah dalam islam, kita dituntut untuk membersihkan diri dan berpakaian cantik sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.” (Riwayat Al Bazzar).
Untuk entry kali ini, saya nak kongsi perihal sebuah benda purba yang menarik iaitu seterika arang / stim. Seterika adalah sebuah benda yang berfungsi untuk menegangkan kain pakaian dengan mengosoknya mengunakan permukaan yang rata dan panas. Ini berfungsi untuk menjadikan pakaian yang dipakai kelihatan kemas dan menarik. Mesti semua da tahu benda ni kan?? Mana taknya, kita ke sekolah atau ke tempat kerja pantang sekali baju tak bergosok <~ konon la. Terutamanya kaum wanita. Bagi kaum lelaki, kadang-kadang perkara ni tidak di hiraukan [macam saya]. Ok la. Pada masa kini, kita mungkin hanya mengenal seterika yang kita sambungkan kepada karan bekalan elektrik [seterika elektrik], tapi tahukah anda 10 tahun atau 20 tahun yang lepas di negara kita, generasi terdahulu mengunakan seterika stim yang berfungsi dengan pelbagai cara seperti meletakkan bara api di dalamnya. Saya ingat suatu ketika semasa disekolah rendah, ibu mengunakan seterika stim untuk mengosok pakaian sekolah kami adik-beradik pada saat bekalan elektrik terputus. Berasap satu rumah..Hahaha.. Tapi happy la bagi budak-budak yang baru mengenal dunia macam saya masa tu.. Em..Sekarang ni pun masih ada yang mengunakannya. Khususnya masyarakat di pedalaman dan pulau-pulau yang tidak mendapatkan bekalan elektrik. Semoga "transformasi" kerajaan  akan mengubah keadaan tersebut. Baiklah!! Tanpa membuang masa, berbicara panjang saya mempersembahkan gambar-gambar seterika lama yang super cool :~>






# Macam mana?? Cantik bukan?? Teringat zaman kecik-kecik dahulu???


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...