Sunday, January 1, 2012

Ramalan "Niches" Paling Popular Untuk Tahun 2012

2 comments
~ Salam 2012 ~

2011 meninggalkan kita dengan pelbagai kisah kehidupan yang tak akan pernah dapat di tempuhi kembali. Kini kita harus "menginjakkan" kaki ke tahun baru yang akan menyaksikan kisah kehidupan baru dalam diri kita sendiri. Agaknya bagaimanakah corak kehidupan yang kita akan perolehi dalam tahun baru ini? Harap-harap ketakwaan kita kepada Yang Maha Pencipta semakin menebal dan ibadah kita semakin bertambah. Bagi saya sendiri, saya menanamkan beberapa azam untuk tahun ni <~ kata Datuk Siti, "Biarlah Rahsia". Semoga azam-azam tersebut berjaya dicapai berkat usaha dan doa yang dicurahkan. Insyaallah. Amin


Baiklah, sebenarnya saya nak cerita sedikit berkaitan ramalan "niches" paling popular untuk tahun 2012 ni. Beberapa ketika yang lalu, saya terjumpa sebuah forum yang membicarakan tentang ramalan "niches" paling popular untuk tahun 2012, Saya pun baca la. Em.. Sebelum tu tentu ada antara pembaca sekalian yang tidak tahu apa itu "niches", yang tahu tu diam-diam la. "Niches", kalau dalam bahasa mudah difahami ialah "kata kunci" carian di internet. Antara contohnya:~> Sukan SEA, Piala Malaysia dan sebagainya. Baiklah, ada faham?? Dalam cerita yang sama, apa yang saya dapati daripada komen-komen para forumer, hampir 95% menyebut bahawa "niches" yang akan menjadi carian paling popular bagi tahun 2012 ialah, Doomdays, Tarikh 21/12/2012 atau Hari Kiamat.  Semua ini adalah kerana Ramalan dari kaum Mayan dan Nostradamus yang menegaskan bahawa tarikh 21/12/2012 adalah "The End Of The World". Sebagai Umat Islam yang beriman, kita di tuntut beriman kepada hari Kiamat sebagai salah satu Rukun Iman yang enam itu. Jadi tiada sebab untuk kita mempercayai ramalan karut-mengarut itu kerana kita sedia maklum bahawa, hari kiamat itu boleh berlaku bila-bila masa sahaja mengikut ketentuan Allah S.W.T.  Berbalik kepada cerita asal, setelah saya "google" telah terdapat beberapa laman web baru yang mengkhususkan kepada perbicaraan berkaitan Fenomena 2012.  Jadi membuktikan bahawa perkara ini mungkin menjadi antara "niches" terpopular sepanjang 2012.

Pada hemat saya, antara ramalan "niches" paling popular Tahun 2012 ialah:~>

  1. 21/12/2012
  2. Olimpik London 2012
  3. Ulang Tahun ke-100 Tenggelamnya Kapal RMS Titanic

2 Responses so far.

  1. Emmet says:

    tak baik caya2 benda camni leh jatuh syirik.. haishh

  2. d4533k3r says:

    Betul3x..sebab tu saya cakap tiada sebab untuk percayai ramalan karut mengarut ni..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...