Thursday, January 5, 2012

Kawasan Yang Sukar Untuk Di Diami [ Terlalu Padat!!] Bhg. 1

4 comments
~Salam~

Dunia ini umpama permainan "jigsaw puzzle", ada kawasan lapang dan ada kawasan yang padat dengan kesan warna yang pelbagai pada serpihan permainan jigsaw puzzle. Jadi, seperti yang kita semua mungkin rasakan pada ketika ini sebagai kawasan lapang, tentunya di tempat lain dalam dunia ini ada kawasan padat yang sukar untuk di diami. Pada kali ini saya ingin berkongsi 3 kawasan setinggan yang paling teruk untuk di diami, namun masih banyak manusia yang dapat tinggal disana:~>

Dharavi - Mumbai, India
Dharavi adalah kawasan setinggan yang berada diantara Mahim dan Sion dengan keluasan kawasana lebih 175 hektar yang menempatkan penduduk seramai lebih 600,000 menjadikannya sebagai kawasan setinggan terbesar di Asia. Umpama satu cebisan kain kumuh yang menempel pada kain baju baru yang bernama kota Mumbai. Kawasan ini menjanjikan sewa rumah serendah USD 4 di tengah-tengah kota Mumbai. Dalam keadaan tersebut, isu-isu kesihatan terus menjadi persoalan sebagai akibat bekalan air dan persekitaran yang tidak bersih terutamanya semasa musim banjir monsun. Dharavi boleh menimbulkan ancaman yang serius kepada isu-isu kesihatan awam.




Rocinha - Rio de Janerio, Brazil 
Terletak di antara Conrado São dan Gávea. Merupakan kawasan setinggan terbesar di Amerika Selatan. Terletak di lereng bukit yang berkedudukan satu kilometer dari pantai. Boleh di kira, lebih baik daripada kawasan setinggan yang lain kerana bangunannya terbuat daripada batu-bata, sistem perpaipan yang lebih teratur dan lain-lain kemudahan. Rocinta berpotensi sebagai tempat yang berbahaya kerana penjualan dadah yang berleluasa. Sehingga pihak polis seolah-olah berjuang terus-terusan membenteras jenayah penjualan dadah ini. Sebagai akibat daripada kedudukannya, Rocinha terdedah kapada ancaman bencana tanah runtuh yang menakutkan seramai 100,000 penduduk yang tinggal di situ.
 


# Kawasan ini pernah menjadi lokasi pengambaran dalam filem Hulk <~saya nampak

Kibera- Nairobi, Kenya 
Kibera yang bermaksud 'hutan' dalam bahasa Nubian adalah "rumah" bagi satu juta orang. Merupakan kawasan setinggan terbesar di Benua Afrika. Kebanyakan penduduk di sini adalah penyewa kepada tuan-tuan tanah. Kebanyakan penduduk adalah umat Islam Afrika yang terpaksa tidur di lantai. Hanya 20% kawasan yang mempunyai bekalan elektrik, sementara tiada bekalan air bersih. Air yang digunakan untuk aktiviti sehari-hari adalah air empangan menjadi punca penularan penyakit taun dan kepialu, diburukkan lagi oleh keadaan kumbahan yang tidak teratur. Terdapat ancaman AIDS dan diburukkan lagi oleh keberadaan minuman beralkohol yang murah yang dipanggil 'Changaa'. Berhadapan dengan pengangguran berleluasa, kebanyakan penduduk di sini berkembang menjadi penjenayah, pemabuk dan perogol. Masalahnya ialah lebih teruk dengan adanya dadah dan tabiat menghidu gam. Hasilnya ialah peningkatan kadar kehamilan yang tidak diingini di kalangan kanak-kanak perempuan semua peringkat umur yang selalunya bertukar kepada pengguguran. 






4 Responses so far.

  1. setinggan kt Malaysia pun x seteruk mcm nie.. Syukur jdi org Malaysia..

  2. d4533k3r says:

    betul tu~Syukur sangat2x

  3. alhamdulillah... malaysia tak mcm nie.. org2 yg suke megkritik tu kne tgk nie..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...