Friday, January 13, 2012

Jom Memancing Di Lautan Android dengan Big Sport Fishing 3D

0 comments
~Salam~

Beberapa hari yang lepas saya sibuk mengerjakan suatu pekerjaan yang amat memenatkan, sehinggakan tiada masa nak update blog saya yang...yang...yang..ntah apa-apa la ni!!ahahaha..Seluruh anggota badan terasa pegal-pegal, sengal-sengal dan segala macam ..gal-..gal lagi. Namun,berkat sesungguhan yang tak berbelah bagi saya teruskan langkah demi satu impian, iaitu menuju puncak kemenangan. Yeah!!! dui..semangat~kwang3x. Ok la..basah-basi pun sudah, dah basah betul dah ni. Saya lanjutkan kepada cerita dasar, saya sebenarnya ingin berkongsi sebuah permainan pada konsol Android yang membuatkan saya terasa sangat curious nak menang. Permainan tersebut adalah ~> Big Sport Fishing 3D. 

  
Sebuah game freeware yang dapat di muat turun di sini. Permainan ini adalah berkenaan dengan hobi / sukan memancing yang dalam dunia nyata saya pasti tak akan lakukan. Hahaha..saya sebenarnya jenis manusia yang tak suka aktiviti outdoor (kebelakangan ini). Jadi memancing ikan di Lautan Android adalah pilihan saya selepas tidak ingin memancing di dunia nyata. Teruk3x. Namun, pengalaman yang saya rasakan bolehlah saya samakan dengan pengalaman memancing di dunia nyata, kerana dulu-dulu (suatu ketika dahulu~>)saya pernah memancing dengan Alm. Ayah saya. Jadi saya dapat rasakan 2 keadaan yang hampir sama. Saya memainkan permainan ini melalui Samsung Galaxy 5 adik saya yang saya pinjam, sehinggakan saya kelihatan seperti orang yang tak siuman. Mana taknya, Galaxy 5 tersebut menjadi seolah-olah joran yang mana saya terpaksa membuang umpan seperti mana lagaknya seorang pemancing yang membuang umpannya ke laut untuk mengumpan ikan-ikan. Dan saya menyentak-yentak Galaxy 5 tersebut apabila ada ikan yang mendekati umpan tersebut. Apabila dah ada ikan yang tersangkut, saya terpaksa struggle menaikkannya. Sememangnya seperti pengalaman yang nyata. Setelah berjaya menguasai teknik memancing yang betul saya pun berjaya melalui tahap demi tahap sehinggalah sampai ke penghujung, yang mana saya memenangi game tersebut. Yeye..Saya menang~> Saya merasakan game ini sememangnya "terbaik dari ladang". Di sini saya ada sesuatu ingin dikongsikan berkaitan permainan ini:~>

Tips dan trick bermain game ini:~>
  1. Pastikan kedudukan tangan anda betul, jangan sampai smartphone anda terlepas dari tangan saat membuang umpan. Aniaya "smartphone" korang
  2. Tunggu sehingga tanda "mata kail" keluar, baru anda menyentak joran (smartphone) anda. Tanda "mata kail" tersebut menyatakan bahawa umpan anda sudah mengena. 
  3. Tunggu sehingga horizon bar yang berada di layar menjadi berwarna hijau, baru anda menarik tali pancing anda dan menaikkan ikan.
  4. Jika anda terasa anda dapat ikan yang kecik & tidak berwarna memakan umpan anda, cepat-cepat tarik pancing anda supaya masa anda tidak terbuang kerana ikan tersebut ialah ikan "Dogfish" yang tidak mempunyai sebarang nilai.
  5. Tukar mata kail anda berdasarkan tempat / tahap anda, cthnya; Apabila sampai ke tempat lubuk jerung gunakan mata kail yang berkaitan dengan ikan jerung.
  6. Save setiap tahap yang anda lewati, memudahkan anda load permainan tersebut kembali.

Berikut adalah tahap dan wang yang perlu dikumpul untuk melaluinya:~>
  1. Placid Bay ($2000)
  2. Thunder Cave ($4000)
  3. The North Sea ($6000)
  4. Mistfall ($8000)
  5. The Shadow Coast ($10000)
  6. The Sargasso Sea ($12000)
  7. Shark Alley ($14000)
  8. Krakatoa ($16000)
  9. The Devil's Trangle ($18000)
  10. Forgotten Isles ($20000)
Untuk memenangi permainan ini anda memerlukan $22000 pada tahap ke 10 tersebut. Jadi, itu sahaja dari saya, apa tunggu lagi. Jom bersama merasai nikmat memancing di lautan Android yang sememangnya membuatkan anda terasa ingin terus mencuba. Sebenarnya ada lagi game memancing untuk Android yang lebih gempak dengan pelbagai fungsi yang menarik, tapi setakat yang saya tahu ianya berbayar la. Yang ni saya pernah main dahulu, tapi time tu saya tak berapa reti nak main. Sekarang saya nak cuba yang ni pulak!!Yahoooo...Chaw~~

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...