Friday, January 13, 2012

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Akan Diberikan Bermula 15 Januari

0 comments
~Salam~

Sebentar tadi seorang kakak angkat saya menanyakan saya berkenaan perkembangan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Sebenarnya saya tak ada kena mengena langsung dengan benda ini, jadi saya tak menghiraukannya sehinggalah sebentar tadi saya ditanya berkaitannya. Jadi untuk menjawab pertanyaan tersebut saya pun segera menaip pada engin carian Google yang sememangnya amat berkesan dalam hal-hal seperti ini. Dengan kadar segera saya terjumpa sebuah berita berkenaannya. Sila klik di sini.



Info yang saya dapatkan daripada berita tersebut:~>
  1. Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ~> BR1M akan mula diberikan kepada rakyat bermula 15 Jan sehingga 15 Mac (berlangsung selama 2 bulan.)
  2. Setiap permohonan yang berjaya, akan mendapat pemberitahuan melalui surat yang menyatakan tempat dan masa untuk menerima bantuan tersebut.
  3. Status permohonan boleh di tanyakan bermula pada 16 Jan pada talian hotline 1-800-222-500/ 1-300-88-3010 ( 9am ~ 5pm)
  4. Daripada 4,123,713 permohonan yang diterima hanya 3,102,054 yang diluluskan.
Itu sahaja yang dapat saya sampaikan, untuk keterangan lanjut sila ke sini.

Sumber : Sila klik di sini 
Sumber Gambar : Sila klik di sini.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...