Monday, January 9, 2012

5 Persamaan Si Pengila Internet Dengan Si Zombi

0 comments
~Salam~

Semalam time berjalan-jalan di kota maya saya terjumpa sekeping gambar ketika melewati sebuah laman rumah seseorang. Saya mengambil gambar tersebut dan menatapnya. Ternyata gambar tersebut menjelaskan satu fakta yang agak menarik dan agak benar untuk ditimbang mengunakan akal fikir kita. Gambar tersebut adalah  berkenaan dengan 5 Persamaan antara Si Pengila Internet dengan Si Zombi a.k.a Mayat Hidup.

# Saya sudah splitkan gambarnya. Sila rujuk untuk mengetahui adakah anda tergolong dalam golongan Zombi ini...

FAKTA 1~> Kedua-duanya tak pernah tidur ~ Zombi dan si Pengila Internet tak akan terfikir untuk tidur, sehinggakan muka mereka akan menjadi cekung, pucat dan mata layu~


FAKTA 2~> Terlalu fokus pada satu perkara ~ Kalau Pengila Internat tentu fokus pada komputer dan kalau Zombi pula terlalu fokus pada daging segar ~Heeeehheeeheee...


FAKTA 3~> Mereka suka bersama dalam komuniti - Add Friend, follow dan macam-macam lagi perkataan sama waktu dengannya yang berkaitan dalam dunia maya. Kalau Zombi, mereka suka bergerak bersama-sama kumpulan yang ramai dengan langkah lemah tak berdaya.


FAKTA 4~>  Hilang Anggota Badan ~ Bagi pengila internet, kalau da lama duduk mengadap komputer tu, tentulah rasa sengal-sengal pada anggota badan. Mata menjadi merah, jari dan kaki kebas, pinggang sakit, dan macam-macam lagi komplikasi yang berlaku. Dan bagi Zombi, mereka boleh makan anggota badan sendiri atau dimakan oleh zombie yang lain. Shinggakan lama-kelamaan yang tinggal cuma kepala!!Huhuhuh~


FAKTA 5~> Kebersihan bukan lagi keutamaan ~ Bagi zombi, dah namanya mayat hidup tentulah otak da tak berfungsi dengan baik sehinggakan kebersihan diri tidak dihiraukan lagi. Bagi Pengila Internet pula, Oleh kerena takut terlepas sebarang detik dari ,layar komputer, Maka nak mandi, berus gigi, pokoknya membersihkan diri pun da malas da,..Huhhu



# Zombi yang dimaksudkan penulis adalah merujuk kepada Zombie yang anda lihat dalam movie, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah mati, meninggal dunia..hahahah

Sumber : Klik di sini

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...