Friday, December 9, 2011

Mardsua Kunchat ,The Challenger Muay Thai Champion !!

2 comments
Kalau sebelum ini saya agak teragak-agak dengan khabar yang mengatakan bahawa Mardsua adalah Juara The Challenger Muay Thai melalui sebuah entry saya sebelum ini iaitu, #Mardsua Kunchat, Juara The Challenger Muay Thai. Pada kali ini, tajuk saya ada unsur penegasan ["!!"] kerana baru sebentar tadi saya menonton sendiri Grand Finale The Challenger Muay Thai yang memperlihatkan kemenangan Mardsua ke atas seorang peserta dari United Kingdom, Jordan Watson. Acara ini dihiasi dengan 2 perlawanan lain,seolah-olah perlawanan sampingan atau perlawanan persembahan iaitu perlawanan antara Marco dengan Mosi serta perlawanan antara wakil Malaysia, Faizal dengan Jason

Sedikit "Review" Perlawanan
  
Mosi Abdollahi Vs Marco Pique [Winner : Mosi]
Perlawanan persembahan ini pun agak menarik, pelbagai kombinasi serangan di tunjukkan. Satu serangan yang paling saya suka adalah humbanan Mosi ke atas Marco dalam pusingan ketiga yang memperlihatkan penguasaan Mosi dalam perlawanan tersebut. Walaupun perlawanan ini agak sengit, namun Mosi berjaya memenanginya dengan sedikit kelebihan .

Faizal Ramli Vs Jason Woodham [Winner : Faizal ]
Kelebihan anggota badan Jason yang agak panjang, dengan kaki dan tangan yang panjang tidak mencacatkan pertahanan Faizal, sebaliknya serangan Faizal ke atas kaki Jason agak bertubi-tubi sehinggakan kesan merah tampak di kaki Jason. Faizal yang agak tenang meneruskan serangan dengan mencari sudut yang baik untuk melancarkan serangan "Golden Elbow"  yang sememangnya menjadi kelebihannya. Jason pula berasa tertekan kerena dalam perlawanan ini beliau bukan sahaja berlawan dengan Faizal, sebaliknya beliau berlawan dengan penonton tempatan yang berusaha untuk melemahkan mental beliau. Saya masih ingat perlawanan antara Faizal dan Antoine, yang memperlihatkan kegeraman Antoine ke atas penonton tempatan. Sehingga beliau seolah-olah hilang semangat berlawan. Walaupun memenangi perlawanan tersebut di saat- saat akhir perlawanan. Berbalik kepada perlawanan ini, Faizal memenangi perlawanan setelah berjaya menumbangkan Jason dengan serangan bertali arus ke atas kaki Jason sehingga Jason tidak mampu untuk berdiri meneruskan perlawanan.

Mardsua Kunchat Vs Jordan Watson [Winner : Mardsua]
Pada pusingan 1, kedua-dua mereka mengatur strategi yang berkesan. Jordan barjaya menghumban Mardsua pada pusingan ini. Namun tidak banyak serangan berkesan dari kedua-dua mereka.Pusingan kedua agak seimbang. Bagitu juga dengan pusingan ketiga, tapi jelas serangan mereka berdua lebih berkesan. Mardsua berjaya menemui rentak permainannya dalam pusingan ketiga. Pada awal pusingan keempat, Mardsua berjaya menyiku dahi Jordan sehingga berdara. Kelebihan ini digunakan oleh Mardsua dengan menyerang bertali arus sehingga berjaya sekali lagi membuat tumbukan padu ke muka Jordan. Pada pusingan akhir, Jordan tidak menunjukkan patah semangat dengan dahi yang berdarah, sebaliknya beliau terus bertahan. Dan kemenangan berpihak kepada Mardsua sebagai The Challenger Muay Thai Champion dengan skor markah 49-47. Beliau menerima tali pinggang Champion bersama duit USD100,000 yang dia ingin gunakan untuk merawat penyakit ayahnya.

My Favourite Player : Jordan Watson
Walaupun beliau kalah kepada Mardsua, namun saya suka gaya berlawan beliau yang agak "tenang". Saya melihat perlawanan dengan Cyrus, Cedric dan Mosi begitu hebat sekali.  Jelas sekali beliau seorang yang kuat, bukti yang paling nyata ialah ketika beliau berlawan dengan Mosi dalam semi-final yang mana beliau menerima tumbukan padu ke muka yang bertubi-tubi. Tapi beliau tetap dapat bertahan. Dalam perlawanan tadi, pertahanan beliau teruji dengan serangan siku dari Mardsua. Dan dari situ beliau mula kalah. Antara 16 petinju dalam 1st The Challenger Muay Thai saya memilih Jordan Watson sebagai pemain pilihan saya.

3 kemenangan dari Asia, membuktikan penguasaan Asia terhadap  seni mempertahankan  diri Muay Thai ini. Dengan yang demikian maka tamatlah The Challenger Muay Thai yang pertama. The Challenger Muay Thai yang berikutnya bertempat di Incheon, Korea Selatan tahun depan.

# Jika anda suka entry ini, sila klik disini
 

2 Responses so far.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...