Thursday, December 29, 2011

Lawak Selamba Anak-Anak Tadika [Mesti Baca..Lucu!!]

0 comments
~Salam~

Cerita ini telah lama diceritakan oleh Kakak saya kepada saya. Dan pada hari yang cerah setelah pagi tadi hujan renyai-renyai membasahi bumi yang subur ini ,saya terfikir pulak untuk berkongsi cerita ni dalam blog saya.  Kakak saya berkerja sebagai seorang Guru Tabika, setiap kali pulang dari kerja ada saja cerita-cerita berkaitan dengan anak-anak tabika yang beliau akan ceritakan kepada kami sekeluarga. Satu cerita yang paling saya tak dapat nak lupakan adalah cerita yang berikut :~>

...based on a true story!!


Tajuk : MAM.....PUSSSSS

Masa : Sekitar jam 2.00 PM [Kelas Petang]
Tempat : Tabika KEMAS [somewhere in Malaysia]
Situasi : Seorang Guru Wanita sedang mengajar murid-murid tabika yang seramai < 20 orang.  Beliau mengajarkan  "Rukun Islam" kepada murid-murid.

Cikgu : Anak-anak, Rukun Islam Ke- 5 adalah Menunaikan Fardhu Haji di Mekah kalau kita mam.......
dengan muka yang penuh yakin dan selamba, semua murid-murid serentak menjawab.
Murid2 : ...pussssss!!!!
Cikgu : [merasa terkejut dengan jawapan, lantas tersenyum]. Bukan "mampus", jawapannya "mampu".
Murid2: Ooooo...mampu...

# rujuk gambar dibawah:~>


# Trans:~> mampus = mati

# Cuba anda bayangkan, muka anak-anak tabika yang dengan penuh yakin tersebut memberikan jawapan yang sedemikian. tentu kelakarkan. Hahahaha!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...