Sunday, December 18, 2011

Jom Main RM 1,000,000 Money Drop Secara Online

9 comments
~Salam Sekalian~
 
Siapa sini yang menonton rancangan RM1,000,000 Money Drop setiap minggu?? Da 3 minggu rancangan ni berlangsung di Astro Ria. Mesti da ramai yang tahu rancangan ni kan?? Ohya, sebenarnya saya nak ajak rakan-rakan blogger bersaing dalam permainan secara online semasa rancangan tersebut berlangsung. Rancangan ni berlangsung pada jam 10 malam setiap hari Sabtu & Ahad. Jadi lepas menonton Masterchef Malaysia la tu kira-kiranya. Em.. Sebenarnya ada 2 jenis permainan secara online iaitu, Play Along & Stand Alone. Yang Play Along ni, kita bermain semasa rancangan berlangsung di television, sementara yang Stand Alone pula boleh bermain pada bila-bila masa.

Apa yang bestnya join main permainan online ni:
  1. Pengetahuan kita teruji
  2. Ada hadiah menanti (untuk Play Along saja).
  3. Saingan ramai.
Semalam saya mencuba bermain permainan  Play Along ni, dan saya berjaya mejawab 2 soalan daripada 2 soalan yang sempat saya ikuti (menunggu lama untuk tembus masuk). dan duit saya masi kekal RM 1,000,000. Malam ni nak sambung bermain lagi. Sebelum ni saya selalu juga bermain secara Stand Alone, tapi disebabkan saya kena tipu, so saya agak hilang semangat bermain. Sebenarnya macam ni, saya bermain sehingga saya berada dalam soalan yang ke-6, duit saya kekal tidak terusik. dan pada soalan ke-6 pilihan jawapannya :~> YU PUTIH, PAUS BIRU dan YU PAUS <~[pilihan jawapan tinggal tiga], Soalannya, Antara berikut yang manakah yang paling besar, dengan confident saya terus meletakkan semua duit ke jawapan ke-2 iaitu PAUS BIRU. Adakah patut, jawapan saya salah. Siot benar. jawapan yang diberikan ialah YU PAUS. Apa lagi, kalah la saya. Memang main tipu, kata orang sabah "main buyuk"..ahaha!!ni mesti sala "program" la ni. Em, kalau tak percaya google la sendiri. Sudah jelas lagi nyata yang PAUS BIRU adalah haiwan yang paling besar. Huhuhu.. Tak pe la. Apa pun saya  mengajak para pembaca bermain dan bersaing bersama saya dan yang lain-lain bermain dalam permainan ini. Jom ramai-ramai kita serbu laman web ni:~> RM1,000,000 Money Drop

Jika anda suka entry ini, silakan klik di sini

9 Responses so far.

  1. byk kali try nak main tapi tak boleh sebab line busy ..arhhhh bengang gile

    Kenapa perlu buang bayi tu? Kenapa? Apa alasannya?

  2. d4S33k3r says:

    Iya..tadi saya pun tak dapat tembus..huhuh!!tapi takpe..kita try lagi!!

  3. line busy la...tak dpt main...

  4. d4S33k3r says:

    betul3x...susah nak tembus, traffic ke web tu tinggi sangat time tu!! Minggu depan kena login awal-awal..

  5. Anonymous says:
    This comment has been removed by a blog administrator.
  6. liya says:

    erm..cmne nk main permainan ni ye??

  7. EM.. labur duit utk jawapan yang betul ke atas soalan yang diberikan..kira macam tu la secara ringkasnya

  8. cmna nak join moneydrop online ne? nak register dlu ek?

  9. Camner ni....nak men gak.......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...