Monday, December 19, 2011

Cara- Cara Menjana Pendapatan Secara Online [Churp - Churp]

0 comments
~Salam Sekalian Pembaca~
Pertama sekali saya ingin menyatakan di sini bahawa saya membuat entry ini adalah untuk mereka yang tak tahu perkara yang berkaitan dengan Churp-Churp ni. Jadi jika anda sudah tahu, dengan rendah hati sila abaikan entry saya ini tanpa perlu mengatakan bahawa saya ni "sudah lambat". Seperkara yang saya pasti, tak semua orang yang melayari internet tahu perihal Churp-Churp ni apa lagi mengetahui hakikat bahawa dengan Churp- Churp, anda mampu menjana pendapatan secara online. Baiklah, Churp -Churp ni kalau dalam bahasa yang mudah difahami la kan bertindak sebagai penghubung antara advertiser [pengiklan] dengan anda  yang bertindak sebagai publisher [sekiranya anda sudah mendaftar]. Maksudnya disini, Pihak Pengiklan memberikan iklan tertentu kepada Pihak Churp-Churp, sementara Pihak Churp-Churp pulak menugaskan anda menyebarkan iklan tersebut kepada orang lain melalui pelbagai medium seperti Facebook, Twitter dan Blog. Pihak Pengiklan akan menyediakan bajet tertentu untuk iklan yang diiklankan. Pihak Churp- Churp Akan mengagihkan bajet yang diberikan oleh Pihak Pengiklan kepada anda sebagai upah menyebarkan iklan tersebut. Namun, jumlah upah yang anda perolehi bergantung kepada berapa banyak orang yang telah klik masuk ke iklan anda tersebut.

Sebagai Contoh :~>

Saya menyebarkan iklan seperti dibawah ini di blog, yang akan link terus ke alamat laman web yang berkaitan dengan iklan, jadi bila mana ada orang lain klik pada gambar ini, pihak Churp-Churp akan membayar anda berdasarkan pakej yang telah ditentukan. Untuk Gambar dibawah ini, bayarannya adalah RM 1.00 untuk setiap pendaftaran ke laman web Churp-Churp selepas mengklik gambar tersebut.[# Sila klik gambar dibawah, Terima Kasih]



 


Bagaimana?? Masih tak faham?? Apa kata anda  terus sahaja ke laman web Churp-churp. Sila klik di sini
Selepas itu anda perlu mendaftar dengan mengunakan akaun Facebook atau Twitter anda. Seterusnya anda boleh terus mengiklankan iklan tersebut pada Facebook atau Twitter anda. Atau juga mungkin pada Blog anda. dan sebagainya.  Jika anda masih tak faham, sila lontarkan pertanyaan anda pada kotak komentar dibawah:~> 
# Seperkara lagi, saya juga memohon anda meng"klik" pada kesemua banner dibawah ini. Terima Kasih!!











Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...