Wednesday, November 9, 2011

Watak - Watak Anime Kesukaanku

0 comments
~Salam~

Anime digerakkan oleh kepelbagaian ragam watak-watak didalamnya. Ada yang cool, ada yang hyper-active, ada yang pendiam dan sebagainya!!Watak-watak Anime yang aku suka adalah seperti berikut :~>

Uzumaki Naruto (Naruto)
~> Uzumaki Naruto bermula sebagai kanak-kanak yang suka membuat kekacauan dalam kampung Konoha. Hal ini disebabkan dirinya ingin menonjol dalam masyarakat. Masyarakat tidak menerimanya kerana didalam badanya terkunci Kyubi (Musang Berekor Sembilan). Beliau berusaha menajamkan skill ninjanya untuk membuktikan bahawa beliau dapat menjadi seperti orang lain dan berusaha melindungi kawan serta kampungnya dari ancaman musuh. Kadang-kadang beliau bersikap polos dan agak tergesa-gesa yakni kurang sabar. Makanan kegemarannya adalah Ichiraku Ramen. Haruno Sakura adalah gadis yang dicintainya. Yang paling best dengan Naruto ni ialah nampak 'cool' sesangat bila berlawan dengan musuh!!Kage Bunsin No Jutsu~



Happy (Fairy Tail)
~> Happy adalah dari golongan exceed, yakni kucing yang mempunyai kuasa magic terbang (ada sayap) dari Extalia. Happy sebenarnya membawa misi dari Extalia iaitu membawa Dragon Slayer ke tempat mereka. Dijumpai oleh Natsu sejak berada dalam telur lagi, membesar bersama Natsu dan menjadi sahabat terbaik Natsu. Makanan kegemaran Happy adalah ikan mentah. Exceed betina yang disukainya adalah Carly, beliau berusaha menarik perhatian Carly dengan pelbagai cara. Kedudukannya rasa tergugat dengan kehadiran Lily, seekor lagi exceed baru dalam Fairy Tail. Happy seekor exceed yang berperwatakan comel, dengan nada suara yang "kawaiee"~> Suka mempermainkan dan memperli Lucy.



Sanji (One Piece)

~>Seorang tukang masak dari restoran terapung "Baratie" yang mendapat tunjuk ajar memasak dan seni mempertahankan diri daripada "The Red Leg". Merupakan anggota kelima dalam Kumpulan Lanun "Straw Hat". Masakannya bersifat first class dan masakannya sedap. Mengunakan kaki ketika berlawan dengan musuh kerena baginya tangan digunakan untuk memasak. Seorang yang bersikap realistik, namun beliau sungguh rasa terganggu bila melihat wanita cantik. Kerana beliau merupakan pencinta wanita. <~Aku memang pencinta wantia,namun ku bukan buaya (kata Irwansyah.) Reaksi beliau apabila melihat perampuan cantik memang mengelikan hati. Beliau selalu menjadi "hamba"  kepada Nami yang pandai memanipulasi beliau.



Hitoha (Mitsudomoe)
~> Anak bongsu dalam kembar keluarga Marui, Adik kepada Mitsuba dan Futaba. Seorang budak yang pelik,pendiam dan penuh misteri. Bagi kawan-kawan sekelasnya, beliau umpama semangat jahat dalam kelas tersebut. Namun, kadang-kadang kecomelannya menarik perhatian ramai. Kesukaannya adalah pada tikus belanda yang bernama Chikubi dan Anime "Gachi Ranger".Selain itu, beliau amat suka majalah-majalah porno yang selalu dibawa dan bacanya sepanjang masa. Beliau seorang yang gayat pada ketinggian. Disebalik semua itu, beliau merupakan anak yang paling rajin buat kerja rumah, memasak dan sebagainya. Seolah-olah beliau suri rumah dalam keluarga tersebut.



Baby Beel (Beelzebub)
~> Merupakan anak bongsu kepada Demon King. Diberikan kepada Oga Tatsumi untuk dijaga dan ditemani oleh Hilda (Pembantu Baby Beel). Sentiasa telanjang dengan puting susu di mulutnya. Mempunyai kuasa elektrik yang sangat dahsyat. Sentiasa bergayut di belakang Oga kemana pun Oga pergi, kerena mereka tidak boleh berjauhan sejauh lebih dari 15 meter. Bila dia kencing, bumi boleh banjir dan bila dia menangis malam, manusia tidak dapat tidur dengan tenang. Walaupun comel, baby Beel hanya tertarik kepada benda-benda yang nampak ganas, seperti pergaduhan.




Kasugano Midori (Midori No Hibi)
~>Seorang remaja perampuan berumur 16 tahun yang pada suatu hari telah menjadi tangan kanan Sawamura Seiji yang juga merupakan jejaka idaman Midori. Badan sebenarnya berada dalam bilik tidurnya dalam keadaan koma. Midori seorang yang pemalu, sehingga kan terasa sangat sukar baginya untuk meluahkan isi hatinya kepada Sawamura. Semasa ditangan kanan Sawamura, perwatakan Midori nampak berubah dari yang sebenarnya, beliau lebih riang, tegas dan seolah-olah bebas. Merupakan antara pelajar pintar, kerja sekolah Sawamura selalu dia yang buatkan. Selalu berusaha mempertahankan Sawamura daripada wanita-wanita yang lain. pelbagai cara dan karenah dilakukannya. kecomelannya jelas semasa berada di tangan kanan Sawamura.Memang cute la..

Begitulah watak-watak kesukaan saya dalam setiap anime yang saya sangat suka,anda bagaimana??
tentu ada juga kan???

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...