Tuesday, November 8, 2011

Tanda-Tanda Anda Ketagih "Dadah" Jenis Internet

0 comments
~Salam Jenaka~
Terdapat banyak jenis dadah pada hari ini seperti; heroin, ganja, syabu dan sebagainya. Namun, dadah yang serasa saya amat banyak menyebabkan ketagihan ialah dadah jenis "INTERNET". Berdasarkan kajian pakar "bedah",antara tanda-tanda anda ketagih dadah yang jenis "INTERNET" adalah;




  1. Mas kawin yang anda minta di hari pernikahan adalah sebuah komputer lengkap dengan modem. Tunai
  2. Lonceng di pagar rumah anda bertuliskan "Click Here to continue"
  3. Pintu bilik air anda bertuliskan "This site contains Adult Material,please verify your age"
  4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen yang mengantarkan kad raya.
  5. Mimpi anda selalu berawal dengan http://www. 
  6. Anda menggunakan "Google" untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.
  7. " Unable to locate your server!," jawab Anda apabila anda menerima paggilan dari seseorang yang tersalah sambungan ke telefon anda
  8. Anda menamakan anak anda; Rita.gov agar kelak dia jadi Pegawai Kerajaan dan Zamri.edu agar kelak dia jadi Tenaga Pengajar
  9. Anda sukar menggerakkan jari anda karena anda sudah online selama 36 jam tanpa henti (Gila kali).
  10. Anda menonton filem "The Net" .... 57 kali.
  11. Ketika kereta Anda terlanggar kereta lain di simpang jalan, yang pertama Anda cari adalah butang "Ctrl+Z" 
  12. Anda memperkenalkan diri sebagai : "youremail@yourdomain.com"
  13. Anda membuat tatu pada badan anda yang berbunyi "This body best viewed with Internet Explorer 6.0 or higher."
  14. Ketika hidup anda mengalami depresi, anda akan sangat menyesal mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan tombol Ctrl-Alt-Del. 
  15. Dan anda memang sah ketagih dadah jenis "Internet" jika anda membaca tulisan ini sampai habis. Hahaha

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...