Thursday, November 17, 2011

Tahniah Kepada Skuad Harimau Muda

0 comments
 ~Salam~


Pertama sekali, tahniah di ucapkan kepada skuad Harimau Muda yang berjaya mengalahkan skuad Garuda Muda dalam perlawanan yang baru sebentar tadi berakhir. Sesuatu yang amat mengembirakan bagi peminat dan rakyat Malaysia. Ketenangan yang ditunjukkan oleh para pemain Malaysia sesuatu yang amat membanggakan kerana bukan mudah bermain di tempat lawan dan dikelilingi oleh beribu-ribu penyokong tuan rumah yang langsung tidak menunjukkan semangat kesukanan. Kemasukan Shahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-15 terus menghadiahkan gol yang pertama berselang 2 minit kemasukkannya!!  Walaupun dengan pelbagai provokasi yang berlaku, namun skuad Harimau Muda memantapkan keyakinan semua bahawa mereka mampu bersaing untuk meraih pingat emas sukan SEA kali ke-26 ini. 1-0 sehingga wisel ditiupkan oleh Pengadil menandakan tamatnya permainan. Kemenangan ini menjadikan Malaysia sebagai juara kumpulan A, dan seterusnya akan bertemu dengan Myanmar dalam saingan separuh akhir. Tahniah sekali lagi. Teruskan usaha.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...