Wednesday, November 23, 2011

Siapakah Diri Anda Yang Sebenarnya!! [BHG.2]

0 comments
~Salam~

Artikel ini adalah lanjutan kepada artikel sebelumnya iaitu :  Siapakah Diri Anda Yang Sebenarnya!! [BHG.1]. Teruskan membaca, apa pun baca dulu bahagian pertama.

Adakah anda orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya kepada orang tua.


Adakah anda orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Cukup luas kah ruma anda?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.


Terlalu sempitkah ruymah anda?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
 

Cukup berakalkah anda?
Orang yang mempunyai akal adalah orang orang yang menghuni syurga kelak keranan telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Adakah anda seorang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan
Rasulullah S.A.W.

Butakah anda?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesarran
Al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya. 

Tulikah anda?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Mundurkah hidup anda?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Gilakah anda?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

# Selalu-selalulah tanya diri anda dengan muhasabah diri.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...