Wednesday, November 23, 2011

Siapakah Diri Anda Yang Sebenarnya!! [BHG.1]

0 comments
~Salam~

Dalam hidup ini, tentu anda kadang-kadang akan tertanya-tanya siapa diri anda yang sebenarnya? Kekadang anda melihat diri anda berdasarkan cerminan persepsi orang lain. Kekadang anda tidak kisah dengan orang lain, anda mencorak diri anda mengikut keinginan diri sendiri. Namun, yang paling penting sebenarnya anda harus mencorak diri anda mengikut akhlak yang di tuntut oleh agama Islam agar anda mendapat tempat yang terpuji di sana nanti. Nilailah diri anda sendiri. Tanya diri. Siapakah diri anda yang sebenarnya?.

Adakah anda orang yang paling sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman A.S.

Adakah anda seorang yan manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lallahi wainna illaihi rajiuun". Sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini" dengan mengukir senyuman.

Adakah anda orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan mrnyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Adakah anda cukup kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Adakah anda orang yang paling miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang diberikan Allah S.W.T dan sentiasa menumpuk-numpuk harta.

Adakah anda cukup pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Adakah anda yang paling bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Cukup majukah hidup anda?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkatkan ilmu agamanya.

Siapakah anda?? siapa..ya??
Adakah anda orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu
Allah Rabbul Alaamin, tuhan sekelaian alam. maka bertasbihlah segala apa yang ada dibumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Adakah anda terlalu dunggu?

Orang yang dunggu kepala otak adalah orang rang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaianya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Adakah anda seorang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketiuka ia di dalam kemarahan.

Adakah anda orang yang lemah? 
Orang yang lemah adalah orang yang melihat kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...