Wednesday, November 16, 2011

SEA GAMES : The 12th Player Of The Match

0 comments
~Salam Kesukanan~


Gambar Sekadar Hiasan
Sukan SEA kali ke-26 Palembang-Jakarta yang bermula pada 11 haribulan yang lalu terus mendapat rungutan dan kekesalan dari pada Kontinjen Pasukan Malaysia atas sikap "The 12th Player Of The Match" atau penyokong yang seolah-olah menunjukkan ketidakmatangan  dalam urusan menyokong pasukan masing-masing. Sesungguhnya hal ini sememangnya kerap berlaku dalam mana-mana sukan besar seumpama ini. Namun bagi sesetengah atlet, perkara ini melampau balas. Bukti nyata untuk perkara ini ialah dengan kekerapan Juruacara yang bertugas memberikan amaran lisan kepada para penyokong yang terus membuat bising dalam keadaan atlet harus memberi perhatian dan konsentrasi sepenuhnya kepada acara yang di pertandingkan. Mereka seolah-olah tidak menunjukkan semangat kesukanan dalam menyokong pasukan masing-masing.  Chief de Massion Kontingen Malaysia, memberikan peringatan kepada para penyokong tempatan yang berada di venue pertandingan, para wartawan yang bertugas dan anggota pasukan agar berhati-hati dengan dengan sebarang kemungkinan buruk yang boleh berlaku di sebabkan ketidakmatangan sesetengah penyokong. Khususnya untuk Perlawanan Bola Sepak dalam Kumpulan A yang menemukan pasukan Malaysia dengan pasukan Indonesia yang akan berlangsung esok.  Jadi kita berharap, tiada apa-apa yang buruk akan berlaku yang dapat mengugat kelangsungan sukan yang paling berprestig di Asia Tenggara ini. Untuk itu ~>

"Majulah Sukan Untuk Negara"

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...