Sunday, November 6, 2011

Movie : Assalamualaikum Cinta [Akan Datang]

2 comments
~Salam Sejahtera~


Video youtube ni menunjukkan Diana Amir mem-promote sebuah filem melayu akan datang yang bertajuk Assalamualaikum Cinta. Tampil dengan imej muslimah menjadikannya pilihan sebagai antara pelakon utama dalam filem yang ber-genre-kan Islamic~Romance~Comedy ini.

Sedikit mengenai filem "Assalamualaikum Cinta";

Filem ini mengisahkan perjalanan hidup Amirul [Kamal Adli] sebagai seorang artis popular, serba boleh dan berjaya dalam bidang hiburan tanah air yang mendapat skrip lakonan yang mengkhendakinya memegang watak sebagai seorang "Ustaz". Atas beberapa sebab tertentu, beliau menolak watak tersebut. namun pihak produksi sanggup membayarnya lebih. Beliau pun menerimanya. Maka,sebagai seorang yang profesional,beliau pun mula membuat research berkaitan watak tersebut. Beliau belajar dengan seorang ustaz di kampung yang bernama Ustaz Rahman. Ustaz Rahman mempunyai seorang anak yang bernama Laila [Diana Amir] seorang lulusan Universiti Al-Azhar yang agak tegas. Pertemuan Amirul dengan Laila adalah puncak cerita yang mana bermulanya konflik, suka, duka dan tanpa disedari Amirul, yang dia sebenarnya telah melakukan penghijrahan peribadi secara tidak langsung.

Nampak menarik bukan??? Sama-sama kita nantikan filem ni.. Saya rasa, Malaysia memang kekurangan filem ber-genre-kan islamic~romence ni. Dengan kehadiran cerita-cerita macam ni, masyarakat dapat memandang erti "cinta" antara manusia dalam presfektif islam, yang mana keterbatasan dalam perhubungan dijaga. Tiadalah pegang-pegang, cium-cium yang membuatkan masyarakat salah anggap tentang erti "cinta". Terikut-ikut sangat dengan budaya-budaya yang tak baik. Trip [Berangan] Korea la, orang putih la..macam-macam la. Sebelum ini, filem seperti Syurga Cinta dan Nur Kasih The Movie adalah permulaan yang baik dalam genre Islamic~Romance ini. Jadi diharapkan pihak perfileman memperbanyakkan lagi filem-filem yang sedemikian dengan menitik-beratkan aspek nilai dan pengajaran yang di perolehi oleh para penonton ketika menonton. Untuk itu sekian dari saya.. wasalam

2 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    ini bukan cerita sinematron indonesia.? atau kebetulan tajuk nya sama. Jalan cerita nya saya rasa beza.

  2. d4533k3r says:

    Tu la jua..bila saya "google".. ada pulak sinetron indonesia dengan tajuk yang sama,. Saya rasa ceta ni beza dengan sinetron tu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...