Wednesday, November 9, 2011

Menaip huruf UPPERCASE & lowercase secara random

0 comments
~Salam~
Pernah tak anda melihat seseorang yang menaip ayat dengan huruf besar (UPPERCASE) dan huruf kecil (lowercase) berselang seli dalam satu perkataan? tentu anda hairan macam mana hal tersebut boleh dilakukan, khususnya apabila anda mengetahui orang tersebut mampu menaip perkataan sebegitu rupa dengan laju. Contoh perkataan seperti pada gambar dibawah.

Sesungguhnya menaip perkataan begitu bukan la menunjukkan format yang benar namun dalam dunia siber, ianya sesuatu yang dianggap menarik. Jadi, adakah anda ingin menaip seperti itu ketika berada dalam dunia siber (chatting khususnya) untuk memperlihatkan tahap profesional anda?? Dengan yang demikian saya ingin berkongsi cara-caranya. Kebanyakan daripada orang yang menaip sebegitu adalah dengan mengunakan aplikasi khas, namun begitu ada jua segelintir yang menaip sebegitu dengan sendirinya. Maksud saya disini, orang tersebut menaip perkataan dengan menekan butang SHIFT berulang kali secara selang seli. Jadi pada entri ini saya akan menunjukkan bagaimana membuat aplikasi ringkas tersebut.

Cara-caranya :

[1] Buka text editor anda iaitu NOTEPAD,
[2] Copy-paste perkataan yang berada didalam scroll box di bawah ini,

Set wshShell =wscript.CreateObject("WScript.Shell")
do
wscript.sleep 100
wshshell.sendkeys "{CAPSLOCK}"
loop

[3] Kemudian savekan dengan extension (.vbs). Jangan lupa tukarkan save as type : All files.<~ini sangat penting agar anda tidak menyimpan fail tersebut dalam bentuk text. (rujuk gambar dibawah)


 

[3]. Atau anda download saja aplikasi Uppercase + lowercase di sini
 [Password : thesickofblogging.blogspot.com]
[4]. Cara menjalankan aplikasi ini ialah dengan mengklik dua kali pada icon aplikasi.
[5]. Selesai.


Bagaimana menutup aplikasi apabila tidak digunakan lagi?

[1]. Buka Task Manager (Ctrl + Alt + Del), pergi ke column Processes
[2] Cari  aplikasi yang bernama WScript.exe. Highlight aplikasi tersebut dan klik butang End Process 
[rujuk gambar dibawah]

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...