Friday, November 11, 2011

Identiti Siapa Ibubapa Sebenar Minato Terbongkar

0 comments
~Salam~

Seriously, aku suka menonton anime adalah kerana perkaitan cerita berlaku dari awal cerita sehingga ke akhir cerita. Sesuatu yang tidak dijangka sering berlaku. Namun hakikatnya, di awal cerita sudah memang ada "hint" di tunjukkan kepada pembaca. Berkenaan tajuk saya untuk entry kali ini, saya rasa ini adalah fakta dalam anime Naruto,  yang mana ibubapa Minato ialah Tsunade dan Dan. Sebenarnya ini belum terjawab secara langsung dalam anime Naruto, tetapi hujah saya yang saya perolehi dari salah sebuah website adalah seperti ini:~>

  1. Jenis darah Tsunade dan Minato adalah sama iaitu, darah jenis B. Manakala jenis darah Dan adalah darah jenis A, Secara saintifiknya, adalah tidak mustahil bagi Minato untuk mendapat jenis darah yang sama dengan ibunya.
  2. Warna rambut Tsunade dan Minato juga agak sama,walaupun warna rambut Minato agak terang sedikit.
  3. Wajah Naruto dan Nawaki (adik Tsunade) agak seiras, tidak mustahil ada pertalian saudara antara mereka.
  4. Sesuatu yang agak ironik, apabila Naruto memanggil Tsunade sebagai "Nenek Tsunade".
  5. Rantai Hokage Pertama, Tsunade berikan kepada Naruto, seolah-olah tiada penyesalan baginya memberikannya kepada Naruto kerana harta pusaka yang sedemikian penting tidak beralih arah kepada "clan" yang lain.
  6. Semasa pertarungan di Lembah Penamat, Naruto seolah-olah mewakili Hashirama dari suku Senju dan Sasuke mewakili Madara dari suku Uchiha, membuktikan pertarungan yang bermula diantara suku Senju dan Uchiha akan berakhir dengan pertarungan dari kedua suku yang sama yang diwakili oleh Naruto dan Sasuke. Menjadikan Naruto sebagai pewaris suku Senju, dan dari mana lagi dia memperolehi darah suku Senju kalau tidak dari Tsunade iaitu neneknya?
Jika ini memang kenyataanya, sesuatu yang agak menarik untuk dijadikan klimiks dalam anime Naruto ini, Semuanya akan terbongkar. Tunggu dan lihat.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...