Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Mengaum Kencang di Gelora Bung Karno

0 comments
~Salam~


Entry ini sepatutnya aku buat seusai  perlawanan antara Harimau Muda dengan Garuda Muda semalam kerana saya sungguh berasa bangga dengan pasukan Harimau Muda yang berjaya menewaskan Garuda Muda di tempat sendiri. Tapi ada masalah teknikal daripada pihak penyedia perkhidmatan yang tidak memungkinkan saya untuk terus meng-update blog dari semalam. Walau bagaimanapun, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan: 
"Tahniah setahniah tahniahnya."

kepada skuad Harimau Muda yang menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan sepanjang perlawanan dalam Sukan Sea Kali ke-26 yang berakhir semalam dan menyaksikan Malaysia dapat mengekalkan kejuaraan Sukan Sea yang di perolehi 2 tahun yang lepas di Laos. Perlawanan yang berlangsung semalam sememangnya penuh dengan debaran. Kesungguhan para pemain samaada pemain Malaysia dan Indonesia dalam perlawanan semalam amat mengujakan. Mereka saling berbalas serangan sehinggakan jelas terpampang di muka setiap pemain kepenatan yang nyata. Perlawanan yang berlangsung sehingga 120 minit belum juga memberikan keputusan memihak kepada mana-mana pasukan. Saya mengira, jika tidak kerana "offside" terdapat 6 jaringan yang berjaya dihasilkan, 3 kepada Malaysia dan 3 kepada Indonesia. Namun, sehingga tamat perlawanan, keputusan jaringan hanya la satu sama. Sehingga membawa perlawanan kepada aksi sepakan penalti yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Malaysia setelah mengalahkan Indonesia dengan 4 berbalas 3 jaringan. Yang paling agak suspense adalah tendangan daripada Baddrul Bathiar iaitu ketua pasukan Malaysia yang berjaya disentuh oleh Goalkeeper Indonesia sebelum lambat-lambat masuk ke gawang, iaitu gol kemenangan pasukan Malaysia ke atas Indonesia.  Sememangnya satu perlawanan terbaik yang pernah saya saksikan. Apapun tahniah sekali lagi. Semoga terus berjaya. Khususnya dalam perlawanan kelayakan Olimpik nanti. Teruskan mengaum wahai Harimau Malaya!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...