Saturday, November 5, 2011

Defragment Dengan Auslogics Disk Defrag

0 comments
 ~Salam Tutor~

Pernah dengar tak perkataan "defragment". Bagi seorang penguna komputer, perkataan ini penting  untuk diketahui dan lakukan selalu kepada komputer. Defragment komputer mempengaruhi prestasi komputer anda khususnya prestasi "harddisk". Defragment adalah proses menyusun atau menata cebisan-cebisan fail anda dalam harddisk. Dengan menyusunnya dengan baik, mudah bagi komputer untuk berkerja dan prestasi komputer dapat kekal baik. Proses "defrag" harus dilakukan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Bagi penguna extreme (kerap mengunakan komputer) seperti saya, dianjurkan men-defragment-kan komputer sekali dalam seminggu. Namun, ditegaskan jua disini bahawa proses defragment tidak boleh selalu atau kerap dilakukan kerana ia akan memendekkan jangka hayat harddisk anda. Jika masih tak faham perihal defrag ni, janganlah malas-malas untuk google. Baiklah, saya sebenarnya nak berkongsi sebuah software yang amat efektif untuk men-defrag komputer anda. Sebenarnya microsoft sudah menyediakan aplikasi tersendiri untuk proses men-defrag, namun pada saya aplikasi tersebut mempunyai banyak kekurangan dari segi kepengunaan seperti;

[1].  Masa men-defrag sangat lama (lambat)
[2].  Drive / partition tidak dapat di-defrag secara serentak.

Oleh itu saya mensyorkan Auslogics Disk Defrag sebagai aplikasi men-defragment komputer anda. Sebenarnya ada banyak lagi aplikasi untuk men-defrag yang lain, namun bagi saya Auslogics Disk Defrag adalah yang terbaik pada masa ini kerana interfacenya yang agak ringkas dan lebih efektif dari segi masa. Langkah-langkah pengunaannya adalah sepeerti berikut;

[1] Download dahulu aplikasinya di sini. Password untuk fail yang di compress ialah: thesickofblogging.blogspot.com

[2] Kemudian,extract fail yang dicompress.

[3] Klik dua kali pada fail yang bernama "Setup.exe" untuk meng-install aplikasi ini ke komputer anda. Install seperti biasa.

[4] Selesai meng-install, buka aplikasi tersebut dan tandakan drive yang ingin di-defrag kemudian tekan butang defrag. (rujuk gambar dibawah)


[5] Setelah itu, tunggu aplikasi tersebut selesai men-defrag. PENTING: Jangan buka sebarang aplikasi lain, agar proses defrag berjalan dengan lancar. (rujuk gambar dibawah)



[6] Bila proses defrag selesai, sebaiknya restart komputer anda.

Jadi rasanya itu saja untuk kali ini. selamat men-defrag komputer anda. Terima Kasih kerana membaca entri saya ini. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...