Saturday, November 5, 2011

Ceritaku : Sehari Sebelum Raya AidilAdha

0 comments
~Salam AidilAdha~

Cerita saya hari ini bermula apabila saya dipaksa a.k.a terpaksa diajak ke pekan untuk menolong Mak membeli sedikit barang di Pekan untuk merayakan Aidiladha esok. Selalunya Kakak yang selalu temankan Mak tapi dek kerena kesibukan beliau, saya la yang ditugaskan mengambil alih tugas tersebut. Langkah longlai saya bermula time bangun tidur menuju ke bilik air. Bukan apa,saya sebenarnya tak suka pergi tempat yang ramai orang ni, macam Pekan tu, terasa diri dalam keadaan "vulnerable".. Huahuahua..Ok la..kena semangat ni, esok nak raya~ yeye esok raya!!!yeye esok raya!!!. 

            Nah, kisah aku hari ni agak memalukan jua la..Macam ni ceritanya, First, bila sampai kat Pekan tu saya pergi ambik duit kat ATM. Pergilah berbaris ni!! ada +/- 7 orang depan saya.Bila tiba turn saya, saya pun memasukkan kad la. Time nak masukkan kad tu,ada pulak boleh terbalik cara saya memasukkannya. kalau orang belakang tak tegur saya. memang boleh "jammed " mesin ATM tu jadinya oleh saya. Hahaha.

            Satu lagi kesilapan saya hari ni ialah; time beli barang kat Supermarket,ada pulak saya boleh lupa minta barang yang saya beli dengan Mak di masukkan ke dalam beg plastik. Lepas cashier kira, saya terus masukkan ke dalam troli dan menolak troli ke arah kereta. Apalagi, Mak marah kat saya la. Huhuhu..kata Mak, saya nampak seolah-olah mencuri barang tu dari Supermarket kerena barang dalam troli tu belum packing pun..hahaha.Semuanya dek kerana sikap tergesa-gesa saya. Huhuh. Dan hari ini saya sudah dapat pengajaran:~>
   "Biar lambat, asal selamat".

Ok la..itu saja yang dapat saya ceritakan kali ni!!Sekian.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...