Saturday, November 5, 2011

Ceritaku : Anugerah Skrin 2011

0 comments
~Salam~

Baru sebentar tadi tirai Anugerah Skrin 2011 di tutup, dan saya menontonnya menerusi layar kaca dirumah bersama keluarga sambil makan french fries yang saya goreng sebelum acara bermula. Di cecah dengan kombinasi mayonis dan sos cili. Memang sedap la, sambil makan sambil tengok tv. Hahaha. Opss.. sebenarnya bukan itu yang saya nak cerita di sini. Saya ada sedikit cerita perihal Anugerah Skrin 2011 tadi tu. Secara keseluruhan saya tak rasa terhibur menontonnya tadi, ini cerita saya;

[1]. Kombinasi pengacara tidak memuaskan bagi saya. Mereka tidak dapat menonjolkan kehangatan sebenar acara yang dikatakan berprestig ini. Diharapkan Anugerah Skrin akan datang di hoskan oleh kombinasi yang lebih baik dari ini. 

[2] Isu Tak Cukup Kain menjadi topik hangat sebentar tadi di facebook chat. Berpada-padalah juga dalam berfesyen tu. Takkan "glamour" jika hanya nak menunjukkan yang tak patut ditunjukkan tu.

[3] 3 Anugerah buat filem "CUN". Saya suka tengok filem ni, agak natural, sempoi dan memang best la. Bagi saya ini adalah filem Malaysia terbaik sepanjang tahun 2011. 3 Anugerah yang di perolehi melalui filem ni, iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Pelakon Lelaki Terbaik Filem dan Pengarah Terbaik Filem membuktikan keberkesanan filem ini menarik perhatian pihak juri. Saya tak pernah jemu menonton filem ini, walaupun dah lebih 10 kali saya tonton, rasanya nak tengok lagi. Hehehe..

[4] Pengunaan IPAD saya rasa tak berkesan dan tak efektif pada pandangan saya, kerana beberapa kali artis yang ditugaskan membaca keputusan terpaksa melengahkan masa dek kerana masalah teknikal. Dan isu keselamatan jua boleh dipertikaikan kerena sesiapa saja boleh bertindak merubah keputusan sebelum dibacakan oleh artis yang ditugaskan. Dalam dunia IT ni, sangat susah untuk mengatakan perkataan mustahil dalam isu keselamatan khususnya.

Itu saja cerita saya untuk Anugerah Skrin 2011, saya berharap Anugerah Skrin atau sebarang acara hiburan akan datang lebih peka dengan permintaan atau kehendak orang ramai kerana disitulah bermulanya industri hiburan iaitu melalui sokongan orang ramai.Untuk itu saya mengundur diri, salah silap kata harap di maafkan. jadikan kritikan sebagai nasihat ke arah yang lebih baik. Sekian. Terima Kasih,.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...