Wednesday, November 23, 2011

Bonai, Pemain Bola Sepak Indonesia Yang Patut Di Puji

0 comments
~Salam~

Saya menulis entry kali ini kerana saya teringat satu kelibat pemain bola sepak Indonesia yang saya rasa patut di beri pujian kerana dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea yang lepas, saya melihat beliau cukup profesional dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi berbanding yang lain. Beliau tidak lain dan tidak bukan adalah striker yang mempunyai skill individu yang agak mantap iaitu Titus Bonai atau nama sebenarnya Titus Jhon Londouw Bonai. Klik di sini untuk biodata lengkap beliau. Sepanjang perlawanan saya melihat beliau senang untuk memaafkan dan meminta maaf sekiranya beliau terlibat dalam insiden perlanggaran. Senyuman tidak lekang dari wajahnya. Dan yang paling menarik adalah beliau secara individu bersalaman dengan anggota pasukan kebangsaan Malaysia seusai perlawanan sebagai tanda tahniah di atas kemenangan pasukan Malaysia. Itu la semangat kesukanan yang harus ada dalam diri setiap atlet, menang dan kalah adalah adat pemainan. Dan itulah juga yang berjaya dipupuk oleh Bonai dalam dirinya. Tahniah Bonai, saya merasa anda menang walaupun pasukan anda kalah.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...