Saturday, November 12, 2011

Bapa "Apple" Adalah IGenius

0 comments
 ~Salam~

Siapakah Bapa Apple yang saya maksudkan ni?? Tuut..Isaac Newton!! Huh?? Kenapa pulak??? Sebab Apple jatuh kat kepala dia sehinggakan dia menemui Hukum Graviti!! Salah!!. Jawapannya Steve Jobs. Siapa yang tak kenal Steven Paul Jobs?? Saya percaya ramai yang kenal beliau, terutamanya selepas kematian beliau pada 5 Oktober yang lepas. Merupakan pengasas, pengerusi dan bekas CEO Apple Inc. Syarikat yang menghasilkan produk-produk teknologi yang anda gunakan seperti IPhone, IPad dan sebagainya. Jika anda ingin membaca profil lengkapnya senang-senang la berkunjung ke wikipedia. Di situ lengkap. Saya bukan nak cerita pasal profil dia pun,saya cuma nak menunjukkan sedikit rasa hormat saya kepada beliau dengan membuat single entri ini kerana bagi saya, beliau adalah revolusi dan inovasi kepada dunia teknologi moden. Sesuatu yang "kehilangannya sukar diganti". Dan saya tertarik kepada falsafah beliau.: 
"Stay Hungry, Stay Foolish and Stay Curious"
Jika kita teliti ayat ini, sesuatu yang nampak mudah serasa saya. namun terdapat maksud yang mendalam yang disiratkan oleh Steve Jobs dan menjadi panduan beliau untuk terus berusaha. Cuba anda fikirkan sejenak, apa yang akan anda lakukan bilamana anda dalam keadaan lapar, kelihatan bodoh dan terus tertanya-tanya. Sudah tentu anda akan berusaha untuk keluar dari semua itu. Caranya?? Berusaha gigih. Jangan pernah berpuas hati dalam sesuatu, jangan biarkan diri anda hanyut dalam comfort zone. Itulah yang dilakukan oleh Bapa Apple ini sehingga menempatkan namanya sebaris dengan orang-orang terbilang. Di saat-saat akhir hayat beliau, beliau mengeluarkan kenyataan seperti berikut:~>
"I have always said that if there ever came a day when I could no longer meet my duties and expectations as Apple's CEO. I would be the first to let you know. Unfortunetely that day has come"
Seolah-olah sedar hakikat hidupnya. Pengaruh beliau terasa selama-lamanya. Khususnya dalam bidang teknologi moden ini! Produk-produk keluaran Apple mengingatkan kita kepada seseorang yang bernama Steve Jobs yang menderita selama 7 tahun penyakit Kanser Pankreas. Sudah lebih sebulan peninggalan beliau, namun namanya tetap segar di ruangan maya ini.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...