Tuesday, November 15, 2011

Anugerah Blog & Blogger Paling Popular

0 comments
~Salam~

Saya memulai entry kali ini dengan mengucapkan terima kasih kepada Fixx Mikz kerana menjemput saya untuk menyertai Anugerah Blog & Blogger Paling Popular, 


Anugerah Blog & Blogger Paling Popular

Sebelum ni pernah juga dengar "contest" macam ni, tapi tak pernah join. Kiranya ni adalah kali pertama la ni!. Walaupun saya sedar bahwa peluang saya memenangi contest ini adalah amat nipis, namun saya  bertekad untuk menyertainya. Kerana bagi saya ini adalah peluang saya untuk menjengah masuk ke dunia blogging tanah air. Yooo..Semangat berkobar-kobar!!Heheh. Untuk itu saya ingin bercerita serba sedikit berkenaan blog yang serasa saya masih agak mentah di bandingkan dengan blogger-blogger lain yang menyertai contest ini.

Sick Of Blogging [A Piece Of Sickness I've Suffering]

Mungkin ada yang tergelak dengan nama blog saya ini. Sebenarnya idea untuk nama blog ini tercetus ketika saya terbaca salah satu forum, yang mana forumernya menyatakan bahawa remaja lebih "sick of blogging"  pada masa kini yang membawa maksud bahawa remaja lebih berminat atau obses untuk berblog pada masa sekarang. Dengan yang demikian, menyedari bahawa saya adalah salah satunya. Jadi tak salah bagi saya untuk menamakan blog saya dengan nama "sick of blogging".  Sebenarnya saya mulai berblog sudah lama melalui blog saya yang lepas. Namun disebabkan saya terlupa password blog lama saya [Muda-muda lagi da amnesia..huhuhu!!], maka semangat berblog saya luntur sementara. Sebelum bermula lagi pada bulan Januari dengan semangat yang baru, iaitu dengan kewujudan blog saya ini. Tujuan utama saya mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan minat yang ada kepada semua manusia dalam komuniti alam maya ini. Saya juga berharap dapat mengeratkan silaturrahim dengan blogger-blogger yang lain. Selain itu, melalui pelbagai alternatif saya berharap mendapat pendapatan sampingan dengan blog ini. Saya mendesign blog ini seringkas yang boleh, sesuai dengan keperibadian saya yang ringkas. Bagi saya, kesedarhanaan adalah cara saya dan untuk blog ini apa yang paling penting bagi saya adalah penyampaian saya dapat diterima dengan mudah dan berkesan.  Saya banyak mengunakan jenis font "courier" kerana bagi saya  jenis font ini mengambarkan permulaan dunia komputer. Saya hanya mengunakan sedikit widget, bagi mengurangkan masa loading page ke blog saya. Dengan yang demikian, reader dapat membuka blog saya dengan lebih cepat. 
Rasanya saya ingin bercerita lagi, namun cukup sampai di sini dulu untuk kali ini kerana saya perlu menyatakan syarat-syarat untuk menyertai ABBPP, Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:~>

# Syarat Tambahan :~> Follow blog saya ini.

# Saya ingin Tagged :~> Bolong Tetap Bolong dan Butter Prawn

# Kepada Semua: Bantu saya untuk memenangi anugerah ini dengan follow saya dan tetap bersama saya. Sokongan anda amat saya perlukan. Saya dahului dengan Terima Kasih.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...