Saturday, October 29, 2011

N. Sembilan, Juara Piala Malaysia 2011 (Ulasan)

0 comments
~Salam Sukan~


Dari kaca television Astro Arena saya bersama keluarga menonton Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia yang memperlihatkan kemenangan berpihak kepada pasukan Hobin Jang Hobin selepas membenam pasukan Sang Penyu 2-1 di Stadium Shah Alam. Perlawanan yang baru sebentar tadi berakhir mencuri tumpuan apabila saingan yang sengit diberikan kedua-dua pasukan dalam mencari gol. Dalam pada itu, tiada sebarang insiden yang menganggu perlawanan. Kedua-dua pasukan menunjukkan "Fair Games" yang sering menjadi topik hangat Pengulas yang bertugas. Pujian patut diberikan kepada kedua pasukan kerana menunjukkan komitmen yang sangat tinggi untuk perlawanan ini.

Disini saya memberikan sedikit ulasan berkaitan perlawanan tadi yang pada saya agak menghiburkan. Untuk separuh masa pertama, tiada sebarang gol dihasilkan walaupun terdapat banyak cubaan-cubaan berbahaya daripada kedua pasukan. Antaranya,seawal minit pertama (tak sampai 1 minit perlawanan sebenarnya),Hairuddin Omar (N. Sembilan) hampir-hampir menembusi gawang pasukan Terangganu dan juga melalui gerakan solo Manaf Mamat (Terangganu) yang mengelecek 3 pemain pertahanan lawan sebelum membuat rembatan yang hanya mampu mengegar palang pasukan lawan. Pemain pertahanan kedua pasukan menunjukkan kekebalan masing-masing. Walaupun sesekali berlaku kesilapan-kesilapan kecil,namun mereka bertindak cepat untuk menutup kesilapan-kesilapan kecil tersebut. Pada minit ke-6, semasa pasukan N. Sembilan cuba untuk mengambil sepakan penjuru, berlaku serangan lesar ke atas pemain yang semestinya dilakukan oleh para penonton yang tak bertanggung jawab.Sungguh kejadian ini di kesali, walaupun insiden ini tidak mencacatkan perlawanan.

Dalam separuh masa kedua pula, serangan-serangan yang ditunjukkan oleh kedua pasukan agak berbisa berbanding separuh masa pertama. Dan pada minit ke-59, melalui gerakan berani secara solo Manaf Mamat yang menewaskan Aidil Zafuan (N. Sembilan) sebelum Ashaari Samsudin menyepak ke pintu gawang pasukan N. Sembilan membuahkan hasil apabila bola melantun setelah mengenai Qhairul Anwar gagal di tangkap oleh Farizal (Goal Keeper N. Sembilan). Tidak patah semangat dengan jaringan pihak lawan itu, pasukan N. Sembilan memperkemaskan lagi serangan ke atas pasukan Terangganu dan gol penyamaan diperolehi melalui tendangan S. Kunalan yang gagal ditangkap kemas oleh Sharbinie (Goal Keeper Terangganu). Gol penyamaan tersebut menyuntik semangat  kepada pasukan N. Sembilan setelah Hairuddin Omar menjadi wira setelah menjaringkan gol kemenangan 5 minit berselang, iaitu pada minit ke-85. Keputusan 2-1 kekal sehingga pengadil yang bertugas meniup wisel menandakan tamatnya perlawanan. Kemenangan tersebut membawa kembali Piala Malaysia ke N. Sembilan setelah berada di Kelantan pada saingan Piala Malaysia yang lepas (2010).

Selain ulasan mengenai perlawanan, saya ingin mengulas keadaan padang yang agak mengecewakan untuk perlawanan penting sebegini. Joseph Kalang Tie (Terangganu) awal-awal lagi mengadu berkaitan keadaan padang. Keadaan tersebut membuatkan beberapa pemain mengalami kecederaan, sama ada kecedaraan kecil mahupun yang agak teruk seperti pada minit ke-54, yang mana Manaf Mamat bertembung keras dengan Farizal setelah gagal berhenti dek kerana tergelincir disebabkan keadaan padang. Pihak bertanggung jawab seharusnya mengkaji hal ini terutamanya untuk perlawanan penting seperti ini. Janganlah kejadian ini berulang kembali.. Untuk itu, Tahniah saya ucapkan kepada pasukan N. Sembilan atas kemenangan ini, seterusnya bergelar Juara Piala Malaysia 2011 dan Tahniah jua buat pasukan Terangganu atas permainan yang hebat.Sekian.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...