Saturday, October 29, 2011

.:Final Piala Malaysia 2011:.

0 comments
~Salam~


Malam ini, kita bakal menyaksikan satu perlawanan akhir dalam saingan merebut Piala Malaysia di antara Terangganu dan Negeri Sembilan. Melihat kepada prestasi yang ditunjukkan kedua pasukan  dalam beberapa perlawanan yang lepas, sungguh saya rasakan perlawanan malam ini menjanjikan sesuatu persaingan sengit. Walaupun saya bukanlah peminat setia bola sepak namun saya rasa teruja menantikan perlawanan ini. Kali terakhir saya menonton perlawanan akhir Piala Malaysia ialah pada tahun 2002 yang menyaksikan pasukan Sabah melawan pasukan Selangor dalam perlawanan yang sengit hinggakan jaringan hanya dapat dilakukan pada saat-saat akhir oleh Amri Yahya (kalau tak silap.) untuk menjulang Piala Malaysia bagi pasukan Selangor. Saya sungguh berharap perlawanan malam ini memperlihatkan sesuatu yang mengasyikkan bagi peminat-peminat dunia bola sepak dan janganlah ada sebarang huru hara yang mencacatkan lagi pentas saingan bola sepak di Malaysia ini. Samaada angkara para penonton di Stadium mahupun para pemain. Di sini saya ada sedikit info berkaitan kedua-dua pasukan.

Terangganu (Sang Penyu).

 






Jurulatih : Irfan bakti Abu Salim
4 kali menjadi finalis Piala Malaysia, 1 kali sebagai Juara dan 3 kali sebagai Naib Juara
Pemain Tumpuan :Mohd Ashaari Samsudin, Abdul Manaf Mamat, Joseph kalang Tie dan Mohd Mazuki Yusof (Captain)




Negeri Sembilan (Hobin Jang Hobin) 

Jurulatih : Mohd Azrai Khor Abdullah 
 4 kali menjadi finalis Piala Malaysia, 1 kali sebagai Juara dan 3 kali sebagai Naib Juara. 3 kali berturut-turut sebagai finalis Piala Malaysia (2009,2010 dan 2011)
Pemain Tumpuan : Hairuddin Omar, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, Norhafiz Zamaini Misbah dan Mohd Shukor Adan (Captain)


Jadi persoalannya, Siapakah Juara Piala Malaysia 2011? semua ini akan terjawab malam ini. Pilihan saya??Em..Dua-dua saya minat,so saya tak kisah pasukan mana yang menang.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...