Monday, October 31, 2011

Baca Blog Secara OFFLINE dengan teleport ultra

0 comments
 ~Salam~

Pernah tak anda merasa ingin membaca sebuah blog, namun sambungan internet terasa lambat? Atau anda tidak mempunyai sambungan internet dirumah untuk anda online (membaca blog)? Atau macam-macam lagi. Kini anda boleh membaca sesebuah blog atau laman web secara offline. Anda hanya perlu sebuah aplikasi untuk mendownload page blog yang anda ingin baca sewaktu online dan membacanya bila-bila masa. Mungkin anda biasa untuk menyimpan satu-satu page dengan mengklik kanan pada tetikus anda kemudian "Save Page As", namun dengan mengunakan aplikasi ini anda dapat "save page" secara pukal yakni menyeluruh sebuah blog itu. Aplikasi tersebut diberi nama Teleport Ultra. Langkah-langkah mengunakannya seperti dibawah.

[1] Anda kena mendownload aplikasi tersebut di sini. Password: thesickofblogging.blogspot.com

[2] Extract fail yang telah di compress tersebut. Kemudian buka aplikasi yang bernama ultra.exe

[3] Setelah jendela Teleport Ultra sudah dibuka, anda pergi ke File - New Project Wizard. Sebuah jendela baru akan dibuka.

[4] Pada jendela New Project Wizard, anda tandakan pada Create a browsable copy of a website on my hard drive. Kemudian tekan Next. (rujuk gambar dibawah.)


[5] Masukkan alamat URL blog yang anda ingin download, dan masukkan juga jumlah link pada blog tersebut yang anda ingin download. Kemudian, tekan Next (rujuk gambar dibawah)
  

[6] Pada jendela seterusnya,anda perlu memilih properties untuk blog yang anda download. Dan tandakan pada pilihan Everything jika anda ingin melihat semua pautan pada blog tersebut. Teruskan dengan menekan Next. (rujuk gambar dibawah)



[7]. Klik Finish untuk memulakan Project Wizard yang anda buat tadi.(rujuk gambar dibawah)


[8]. Setelah itu anda boleh ditanya di mana anda ingin menyimpan hasil download nanti. Simpanlah pada lokasi yang mudah dijumpai dan tekan Save. (rujuk gambar dibawah)



[9] Setelah itu anda boleh memulakan proses mendownload anda dengan cara menghighlight project wizard yang anda buat tadi dan menekan butang "Play" untuk memulakan proses mendownload. (rujuk gambar di bawah)


[10] Setelah proses mendownload selesai, mesej notification akan tertera dan anda boleh menyemak hasil download anda pada lokasi anda menyimpannya tadi.

[11] Konsepnya sama seperti anda save page as pada browser anda, jadi anda hanya perlu buka fail dalam bentuk .html untuk melihat hasil download anda.

#Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan, Insyaallah saya akan menjawabnya. Sekian.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...