Sunday, October 30, 2011

5 Nov, Hari Pembalasan Kumpulan "Anonymous"

0 comments
~Salam~


Berdasarkan video press release dari pada kumpulan hacker "Anonymous" ini, kumpulan ini merencana untuk melakukan hari pembalasan yang bersempana dengan hari Guy Fawkes gagal untuk mengebom Parlimen Inggeris pada 5 November 1605. Beberapa operasi akan dilaksanakan pada hari tersebut. Antaranya, Ops. Cashback, Ops. Fox News dan yang menarik perhatian saya adalah Ops. Facebook. Sepertimana yang kita tahu,Facebook merupakan laman sosial yang paling top masa ini. Jadi, sekiranya Ops. Facebook ini berjaya dilakukan oleh kumpulan ini, maka akan gempar dunia internet. Kerana, hal ini akan memutuskan perhubungan 750 juta penguna Facebook yang terjalin melalui laman Facebook. Menurut kumpulan ini, mereka merencana ingin menutup Facebook kerana beberapa perkara seperti laman ini dianggap telah melanggar privasi penggunanya. Semua informasi penting pengguna didakwa akan tertanam dalam database Facebook, meskipun pengguna telah menutup akaun mereka. Malah jurucakap kumpulan "Anonymous" berkata, 
"Facebook lebih mengenal anda berbanding keluarga anda"
 Selain itu, ianya berkaitan juga dengan kesukaran para penguna untuk men'delete' akaun sendiri pada Facebook.Lain-lain Ops pula adalah disebabkan oleh perbuatan pihak kerajaan yang dianggap menyeleweng dan bertindak kejam, seperti tindakan pihak polis dalam menangani penunjuk perasaan yang dirasakan tidak berperikemanusiaan. Kumpulan ini juga mengancam, selama mana kehancuran dan kekacauan berlaku di dunia ini, selama itulah mereka akan bersuara untuk memprotes. Dan suara mereka akan terus "arise than before". Sekian


Anonymous
We are Anonymous, 
We are a Legion, 
We do not Forgive,
Wee do not Forget,
Expect Us

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...