Wednesday, October 26, 2011

.:4 Cara Untuk Menambah Kelajuan Broadband:.

1 comments
~Assalamualaikum~

Pada petang Deepavali yang cerah ini, saya tertarik untuk menaip sesuatu pada blog saya ini. Dan setelah saya fikir-fikirkan, saya rasa baik saya berkongsikan suatu entri yang serasa saya amat penting ini. Dek kerana saya tahu banyak sangat pencarian-pencarian yang dilakukan di internet berkaitannya, termasuklah saya dalam tempoh beberapa hari yang lepas. Ceritanya macam ni, beberapa hari yang lepas saya membeli sebuah pakej prepaid broadband dengan data akses yang terhad (0.7GB). Perkara ini hanya saya sedari, setelah mengunakannya,iaitu setelah data akses yang saya gunakan mencapai limitnya. Hal ini kerana jurujual yang menjualkannya kepada saya tidak menerangkan kepada saya berkaitan pengunaan data akses yang terhad. Dan, semuanya dek kerana kesilapan saya sendiri yang tidak menanyakannya. Sebelum ini saya tidak pernah tahu akan pengunaan data akses yang terhad ini, kerana saya selalunya mengunakan khidmat WiFi untuk melayari internet. Dan setelah pengunaan saya mencapai limit, sebuah SMS masuk,yan memberitahukan bahawa pengunaan saya mencapai limit dan kelajuan sambungan internet broadband saya akan berkurangan sehinggalah tamat tempoh pengunaan (pakej untuk 1 bulan sahaja). Saya rasa sungguh rugi sekali pada ketika itu, kerana sambungan internet saya berkurangan mendadak sehingga ke tahap kura-kura. Kelajuan muat turun hanya +/- 5kbps sahaja..Sungguh mengecawakan. Walaupun begitu saya tetap mencari cara untuk meningkatkan kembali kelajuannya. Dan hasilnya saya berjaya menemui cara untuk meningkatkan kelajuannya kepada yang asal. Dan dalam tulisan kali ini saya akan berkongsi serba sedikit ilmu yang saya perolehi. Berikut adalah cara-caranya:

[0] Tambah Nilai Prepaid dan Perbaharui Pakej Anda.
~Cara ini adalah cara yang paling basic dan langsung tidak memeningkan kepala. Malah mengembirakan pihak provider perkhidmatan anda. Ahaha..

[1] Ping mengunakan Command Prompt
~Cara ini banyak sekali dibahaskan pada lain-lain blog,sehinggakan saya tak tahu nak linkkan blog yang mana satu,oleh itu saya akan menunjukkan caranya disini.
~Buka Command Prompt pada komputer anda, klik Start - Run - taipkan CMD - tekan Enter.
~ Setelah jendela Command Prompt sudah terbuka taipkan ipconfig - tekan Enter
~ Setelah itu akan muncul beberapa maklumat berkaitan sambungan internet anda, lihat pada nombor IP Address yang terpapar.
~ Pada jendela Command Prompt yang sama,  |taipkan ping xxx.xxx.xxx.xxx -t - tekan Enter
~ xxx.xxx.xxx.xxx adalah nombor IP address anda, jadi tukarkannya. Kerana setiap kali anda reconnect ,IP Address anda akan bertukar. <~Merujuk kepada jenis Dynamic Ip Address.
~ Biarkan jendela Command Prompt terbuka selama anda melayari Internet.
~ Untuk rujukan, sila lihat gambar dibawah.


[2] Optimalkan mengunakan TCP Optimizer
~ Pertama sekali anda kena memuat turun software ini dengan versi yang terbaru di laman www.speedguide.net.
~ Setelah itu bukakannya, anda tidak perlu menginstallkannya kerana software ini bersifat portable dan mulakan dengan memasukkan setting optimal anda. Setting ini adalah berdasarkan setting yang saya buat pada komputer saya.
~ Pada bawah jendela TCP Optimizer,anda tickkan pilihan Custom.
~ Kemudian pada Connection Speed, skrollkan ke tepi sebelah kanan untuk kelajuan maksimum. Iaitu 100Mbps
~ Masukkan nilai MTU = 8888
~ Masukkan nilai TTL = 225 (mengurangkan buffering ketika streaming)
~ Apply Change dan Exit. Anda perlu reboot komputer anda untuk memasukkan setting anda pada Registry.
~ Untuk rujukan sila lihat gambar dibawah.


[3] Stabilkan mengunakan cFos Speed
~ Pertama sekali muat turun softwarenya di laman www.cfos.de.
~ Setelah itu, installkannya ke komputer anda dan reboot komputer anda.
~ cFos Speed automatik run pada startup, jadi anda tidak perlu untuk membuka aplikasi ini setelah anda reboot komputer anda (lihat pada taskbar anda). Apa yang anda perlu lakukan adalah biarkan aplikasi ini run selama anda melayari internet. Kerana aplikasi ini akan autodetect modem anda dan menstabilkannya.
~ Untuk settingnya, saya tak berapa pasti lagi. So saya hanya mengunakan setting default/lalai sahaja.
~ Gambar di bawah sebagai rujukan.



[4] Boost mengunakan DslBoost.reg
~Untuk meningkatkan lagi kelajuan  sambungan Internet anda masukkan DslBoost ini dalam setting Registry komputer anda.
~Caranya: buka Text Editor anda,biasanya Notepad dan copy pastekan kod registry dibawah ini pada Notepad anda.



[HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\Tcpip\Parameters]
"GlobalMaxTcpWindowSize"=dword:0000ffff 

~Kemudian savekan dengan nama DslBoost.reg.
~.reg adalah merujuk kepada extensionnya yang mana dalam format registry.. Jadi semasa anda save pastikan Save as type = All files
~Setelah itu double klik pada registry yang ada baru buat iaitu DslBoost.reg.
~Apabila muncul dialog pengesahan yang menanyakan sama ada anda hendak menambah setting registry itu ke dalam setting registry komputer anda, just klik YES. Then,selesai.
~Gambar rujukan seperti dibawah ini.


Begitulah cara-caranya.. Saya rumuskan kombinasi 4 cara ini sememangnya meningkatkan kelajuan internet saya pada ketika ini dan saya harapkan semoga entri saya kali ini bermanfaat kepada pembaca dan saya rasa cara ini berkesan untuk semua provider perkhidmatan yang ada d Malaysia tak kira Maxis, Celcom, Digi mahupun UMobile. Erm..sampai di sini dahulu untuk kali ini..Sampai bertemu dalam Entri selanjutnya.

One Response so far.

  1. thanks for the info,but kalau wireless broadband for mobile maxis,tau xmcm mne nak lajukan?? hehe :D

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...