Friday, August 5, 2011

.:Me @ 22:.

0 comments
~~Assalamualaikum n Salam Ramadan~~


            ........Kipas siling ligat berputar,memberi kenyamanan dalam keheningan pagi ramadan ini.
Sedang aku masih mamai untuk bangkit dari keselesaan tilam VLF + Photon (Single) keluaran TIENS HEALTH DEVELOPMENT Sdn. Bhd. Pintu bilik dibuka dari arah luar yang mengisyaratkan kepada ku bahawa "sesuatu" bergerak datang kepadaku.. Dengan mengunakan segala bakatku dalam lakonan, aku lantas berpura-pura sedang nyenyak di buai mimpi indah. Derapan kaki menghujani lantai bilik ku yang bersih,setelah baru semalam aku membersihkannya dari habuk yang menumpuk.
 1..
 2..
 3..
 4..
 5.. 
Aku menduga ada 5 kesemuanya. Aku masih menutup mataku..

Menanti suatu kepastian bahawa, "kebisingan" akan melanda sebentar lagi.

Ya..sebentar lagi..

...Happy Birthday To You..
..Happy Birthday To You..
..Happy Birthday To %Namaku%..
..Happy Birthday To You....

Aku membuka mata dengan gaya bersahaja, seolah-olah terjaga dek "kebisingan" itu..
Walaupun pada hakikatnya aku sebenarnya memang sudah terjaga sejak dari mula.
Dengan sebuah ukiran senyum pada bibirku,
Aku menatap muka 5 manusia yang amat aku sayangi itu..
Dan tatapan ku beralih kepada sebuah kek coklat berbentuk hati yang berada di hadapan ku kini.

"Tiup lilinnya." kata salah seorang dari mereka,sambil mengisyaratkan ke arah kek.

KlapKlapKlap...
Bunyi tepukan tangan menghiasi suasana meniup nyalaan 22 batang lilin yang terpacak dengan formasi yang ditentukan pada kek.
Aku masih agak kaku dalam mentafsir keadaan ini.. Sungguh sebuah kejutan dalam tahun hidupku kini..
Sesuatu yang sebenarnya tak pernah aku duga, aku harapkan atau aku bayangkan. Dan baru sebentar tadi berlaku dalam hidupku.

Aku sungguh terharu..
Air mata penghapus duka 21 tahun dengan tidak sengaja mengalir membasahi pipiku. I'm turn 22!!..
Aku teringat sebuah humor dari Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad ketika ditanya berkenaan persaraannya sebagai Perdana Menteri, Yang lebih kurang jawapan beliau seperti ini,:
"Umur saya sudah 77 tahun..Nak terbalikkan pun masih tetap 77.." Maksudnya Beliau sudah tua.
Begitulah juga halnya yang berlaku dengan diriku, umurku 22 tahun, nak terbalikkan pun masih tetap 22 tahun juga. Lainlah ceritanya tahun lepas,yang mana bila diterbalikkan, aku berumur 12 tahun.. Sungguh masa tak pernah berniat menunggu kita..

Wow..Sungguh menarik imiginasi tersebut!!~Namun, ianya kekal sebagai imaginasi yang tidak pernah hadir dalam hidup saya.. Ahahahaha..hakikat yang sebenar, saya@22 sungguh "awful" kata orang putih..
Macam mana tak teruk..kalau................!!!Well..tak mau cakap panjang la..Mybe next time..
Anyway, ada jualah beberapa orang yang ingat bahawa tarikh tersebut related dengan saya.. Thanks to you Guys.. 

Dan seharusnya pertama-tama sekali, setinggi-tinggi syukur kepada Allah S.W.T kerana memperkenankan saya untuk merasai nikmatNya selama 22 tahun ini.. Sesungguhnya suatu jangka masa yang panjang.. Nak tau macam mana panjangnya, cuba convert ke saat: 68.43Megasaat (kalau tak silap..)!!
Nah..Tu belum convert ke detik la..lagi la banyak/panjang!!!huahuahua..Syukur-syukur. Tak dilupakan juga salam sayang buat Ibu yang telah bersusah payah melahirkan saya pada 22 tahun yang lepas.. Saya Sayang Ibu!!! Kepada Ayah, Al fatihah dan doa saya panjatkan buat Ayah yang hanya dapat bersama saya selama 16 tahun!! Sudah 6 Tahun meninggalkan kami, namun kecekalan mu mendidik dan menafkahi kami amat tersanjung, takkan pernah saya lupakan..Saya Sayang Ayah. Em..kepada insan-insan di sekeliling saya (walaupun pada saat ini, saya rasa saya keseorangan)..Thanks a lot.. xpecially to my family and several friends..
Ump.. Well.!! What else??\
22!!~Saya merasakan ada aura kedewasaan pada diri ini..Dan saya akan berusaha mempergunakannya untuk menjadi seorang manusia yang berguna.Amin!! Dengan kerana itu, saya dapat melihat akan jalan yang bakal saya tempuh di masa hadapan.. Pada saat ini saya sudah membuat pilihan jalan hidup saya.. Saya akan berusaha untuk mencapainya.. Yeah!! <~[penuh sinaran keazaman]!!!Ganbatte~
Kepada yang sedang membaca "laporan" saya ini, saya harapkan doa anda.. Amin..
Jadi rasanya sampai di sini sahaja pada kali ni!!~ Sampai bertemu di masa yang datang!~.


p/s: Kepada MucCC,ngeee....part ni yang kau lupa tadi tu~huahuahua!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...