Wednesday, August 17, 2011

.:[17 Yang Ku Kenang]:.

0 comments

.:Assalamualaikum:.

Pada 17 Ogos 2011 yang bersamaan dengan 17 Ramadan 1432H ini,
Dalam kedinginan suasana hujan. Tatkala jari sedang menari pada "keyboard" komputer mengikut rentak hati. Aku hanyut dalam nostalgia silam. Sewaktu aku bergelar pelajar. Membuatkan aku senyum seorang diri disaksikan oleh "monitor" komputer yang teguh dihadapan ku ini. Sungguh aku mengharapkan adanya tombol "Ctrl + Z" dalam kehidupan ini, agar dapat aku kembali ke masa lalu. Gurau senda dan tawa ria di kongsi bersama rakan-rakan. Hari-hari senantiasa terisi dengan sesuatu yang indah. Ikhlas Guru tampak pada sesi PnP. Membuatkan pelajar terus terdorong untuk meningkatkan diri sendiri. Sesungguhnya, "JASAMU TETAP DIKENANG". Budimu membuatkan otak kami yang berada dalam keadaan "nol" terisi dengan ilmu. Engkau "copy" data dari otak mu. Dan "paste"nya ke otak kami. Sungguh, dirimu terpuji. Walaupun tak semua data tersebut sampai kepada kami, angkara "filter" yang diolah oleh sistem hati kami berhubung kait dengan "virus" yang menjangkiti. Dan, engkau tetap bersedia dengan "anti-virus" mu yang tersendiri. Menghapuskan "virus" dengan asas disiplin diri. Memperbaiki "registry" yang telah dikucar-kacirkan oleh virus tersembunyi. Dan hasilnya, kehadiranmu sentiasa dinanti. Menjadi penyelamat masa depan kami. Kepada rakan-rakan. Ikatan ukhuwah yang terjalin menghiasi suasana alam remaja kita. Apabila ada masalah kau sanggup meminjamkan dirimu untuk berusaha bersama mencari punca umpamanya kombinasi tombol "Ctrl + Alt + Delete". Dan bersama menyelesaikannya. Sedarku dari lamunan pabila hujan di luar sudah berhenti, haba mula menyembiangi terma badanku ini. Dan, lantas ku klik folder peribadi dalam deriktori "D:\". Membuka sebuah fail dalam bentuk .flv (Flash Movie). GOM Player pun "pop up" menampakkan diri. Lalu aku pun "enjoy" melihat video yang berada di hadapan ku kini.


Dengan sebab yang tak pasti (????), saya nak kongsikan video yang sedang saya tonton ni. Sebenarnya video ni sudah setahun saya "upload" kat Youtube. Mungkin kamu da tengok pun, tapi tak pe untuk membangkitkan unsur nostalgia tu, tengok la sekali lagi..

p/s: Saya Minta Maaf andainya saya ada melakukan kesilapan yang perlu untuk dimaafkan! Salam Ramadan dan Salam Nostalgia.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...