Saturday, June 4, 2011

.:Pencuri Kuih:.

0 comments
~~Assalamualaikum~~
 Hidup kadang-kadang macam ni.*teruskan membaca.

Nita sedang menunggu di lapangan terbang pada malam itu. Jadual penerbangannya masih berbaki beberapa jam lagi. Untuk itu, beliau pergi membeli buku dan sebungkus kuih.Lantas mencari tempat duduk. Setelah duduk, beliau terus membuka buku yang baru sebentar tadi dibelinya dan terus membaca halaman demi halaman.
Gambar Sekadar Hiasan.
Dalam keasyikannya membaca, beliau melihat lelaki disebelahnya dengan begitu berani mengambil satu atau dua dari kuih yang berada diantara mereka.
Nita mencuba mengabaikan agar tidak terjadi kekacauan. Beliau terus membaca, mengunyah kuih dan melihat jam. Timbul rasa kurang selesa.

Nita berkata dalam hati. "Kalau aku bukan orang baik, sudah ku tampar orang ini"

Setiap kali Nita mengambil sebiji kuih, lelaki tersebut juga mengambil sebiji. Sehinggalah kepada sebiji kuih yang terakhir. Nita sengaja membiarkannya. Beliau tertanya-tanya apa yang akan lelaki tersebut lakukan. Lalu, dengan senyum terukir di bibir lelaki tersebut, beliau mengambil kuih terakhir tersebut dan membahagikannya kepada dua. Setengah bahagian, beliau tawarkan kepada Nita dan setengah lagi beliau makan.

Dengan muka yang marah, Nita mengambil kuih yang ditawarkan kepadanya oleh lelaki tersebut dengan kasarnya dan berkata lagi dalam hati.
"Amboi, tak tahu berterima kasih sungguh lelaki ini."

Masa terus berlalu. Lelaki tersebut masih duduk di sebelah Nita. Sehinggakan Nita berasa sungguh tidak selesa. Nita berasa lega hanya apabila penerbangannya di umumkan. Beliau segera memasukkan buku di tangannya ke dalam beg tangannya. Dan berusaha untuk tidak memandang lelaki di sampingnya itu yang tidak tahu berterima kasih itu. setelah menempatkan dirinya di tempat duduk yang di tentukan di dalam pesawat. Nita lalu mencapai beg tangannya dan mencari buku yang belum selesai dia baca tadi. Alangkah terkejutnya beliau bila mendapati terdapat sebungkus kuih di dalam beg tangannya itu. Kuih yang dibelinya tadi belum pun terusik. Nita lantas terfikir, kalau kuih yang di belinya tadi masih ada dan belum terusik, jadi kuih yang di makannya tadi sudah tentu kepunyaan lelaki disampingnya. Pesawat pun berlepas, dan Nita berasa sungguh menyesal dan sedih kerana tidak sempat meminta maaf kepada lelaki tersebut. Beliau menyedari bahawa beliau sendirilah yang tidak tahu berterima kasih dan merupakan pencuri kuih tersebut.

Dalam hidup ini kisah pencuri kuih seperti tadi sering terjadi. Kita sering berprasangka dan melihat orang lain dengan kacamata kita sendiri/subjektif serta tak jarang kita berprasangka buruk terhadapnya.

Orang lainlah yang selalu salah,
orang lainlah yang patut disingkirkan,
orang lainlah yang tak tahu diri,
orang lainlah yang berdosa,
orang lainlah yang selalu bikin masalah,
orang lainlah yang harus diberi pelajaran.

Padahal.???
Kita sendiri yang mencuri kuih tadi, padahal kita sendiri yang tidak tahu malu. Kita sering mempengaruhi, mengkritik, mencemuh pendapat, penilaian atau gagasan orang lain sementara sebetulnya kita tidak tahu permasalahannya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...