Wednesday, June 8, 2011

.:Khas buat kaum Hawa : Lelaki Sejati?:.

0 comments
~~Assalamualaikum~~
Entry kali ini tiada kena mengena dengan penulis, hanya ingin berkongsi maklumat dengan kaum Hawa.
jadi saya tidak ada niat menulis ini sambil dengan harapan kaum Hawa menganggap penulis seorang Lelaki Sejati..Hhuhuu..Masih terlalu banyak yang perlu saya perbetulkan dalam hidup saya untuk bergelar lelaki sejati seperti yang saya maksudkan di bawah ini..*Apa-apa pun, teruskan membaca!!

Seorang gadis bertanya kepada Ibunya,"Ibu,bagaimana memilih lelaki sejati?"
Ibunya menjawab:

Nak...

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekelilingnya....

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekelilingnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa ...

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat kerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari keras pukulannya, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memujanya, tetapi komitmennya terhadap wanitayang dicintainya...

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari tekunnya membaca kitab suci, tetapi dari istiqamahnya melaksanakan apa yang di bacanya...


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...