Sunday, May 1, 2011

.:Paradigma Manusia:.

0 comments
~Salam Berbicara~

Gambar sekadar hiasan.
          Untuk pertama kalinya, saya ingin menjelaskan suatu perkara penting ke arah memberikan semangat untuk berjaya kepada saya dan anda semua dengan menulis artikel ini, seperti tajuk di atas. Paradigma diertikatakan sebagai "Batasan Pemikiran". Maksudnya sesuatu yang membatasi pemikiran seseorang untuk bertindak dalam sesuatu perkara yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yg ada. Paradigma Manusia pada masa kini terbahagi kepada 2,iaitu; Paradigma Umum dan Paradigma Berjaya.Perkara inilah yang akan saya jelaskan dalam tulisan kali ini. Kerana perkara ini sangat penting untuk menimbang tara kedudukan kita yang sebenarnya, sama ada kita ingin berjaya atau tidak. 

          Paradigma Umum,bersesuaian dengan namanya, adalah merupakan bentuk paradigma yang sering menjadi pilihan manusia masa kini yakni kebanyakan manusia masa kini berfikiran seperti ini. Umumnya manusia adalah hidup untuk berkerja dan mencari nafkah demi kelangsungan hidup. Tanpa mengambil kira hal-hal yang lain. Begitulah prinsip kebanyakan manusia masa kini. Duduk dalam kepompong kenyamanan (comfort zone). Hidup biasa-biasa saja. Berhutang dan membayar hutang. Tanpa memikirkan bagaimana agar tidak lagi berhutang. Ya! Umumnya masyarakat kita hari ini berfikiran sedemikian. Berkerja dijabatan- jabatan tertentu dengan kadar bayaran yang dirasakan sudah mencukupi untuk kehidupan satu keturunan. Terdapat banyak kebarangkalian buruk yang boleh berlaku di luar jangkaan manusia. Yang memungkinkan untuk kehilangan keupayaan berkerja atau memperolehi pendapatan seperti, kematian, sakit dan sebagainya. Persoalannya. Bagaimana dengan keturunan akan datang?? Anak, cucu dan cicit nanti. Apakah mereka juga akan terus menerus bertindak sedemikian?? Tiada nilai tambah?? Corak pemikiran yang terbatas??

          Paradigma Berjaya adalah corak pemikiran kebanyakan, malah semua orang-orang yang menempa nama di persada antarabangsa. Konsepnya mudah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Untuk ini,apa yang perlu adalah kemahuan yang kuat serta usaha yang konsisten (Istiqamah). Saya teringat sebuah buku yang bertajuk "The Parable Of The Pipe Line". Perjuangan seorang manusia biasa yang bertindak secara luar biasa sehingga memperolehi hasil yang sangat luar biasa. Untuk lebih memahaminya sila muat turun e-book The Parable Of The Pipe Line di sini dalam bentuk Portible File (.pdf).Jadi, apa yang ingin saya jelaskan disini pokok pangkalnya adalah "membangun aset". 

Bagaimana Membangun Aset??

Terdapat tiga cara untuk membangun aset anda, iaitu;
  1.  Melabur - Contoh paling mudah, ialah anda simpan duit anda sebanyak yang anda ada dalam bank. Tunggu untuk beberapa tahun mendatang, Faedah daripadanya akan berlipat kali ganda.
  2. Mencipta - Cipta sesuatu yang baru dan amat diperlukan oleh manusia masa kini, hasilnya anda akan berada dalam barisan penemu-penemu besar seperti, Bill Gates (Microsoft)
  3. Mengedar - Dalam ertikata yang lain, menjadi Distributor. Kerana menurut Paul Zane Pilzer (Ahli Ekonomi Terkenal Antarabangsa); "Pengedar abad ke-21 akan menjadi jutawan dengan cara yang cepat, yakni memberi penerangan berkaitan produk melalui sistem pemasaran jaringan (Network Marketing)"

Secara konklusinya, semua keputusan terletak dalam diri anda. Seperti firman Allah S.W.T yang berikut, 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali 
kaum itu sendiri yang mengubah diri mereka  sendiri ” (QS 13:11)

Saya hanya menunjukkan caranya dan saya ingin mengajak anda menjalankan perniagaan Personal Francise namun, semua terpulang kepada anda sendiri. Selamat berjaya.. Go Success!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...