Saturday, March 12, 2011

.:Gempa Bumi & Tsunami (Insafilah):.

0 comments
~~Assalamualaikum~~

            Seluruh dunia digemparkan dengan berita bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara matahari terbit, iaitu  Negara Jepun pada hari kelmarin. Sesungguhnya satu kemurungan besar bakal menyelubungi negara itu nanti. Mana tidaknya bencana gempa bumi sekuat 8.9 pada skala rikter yang menyebabkan ombak tsunami setinggi 10 m meranapkan sebahagian besar bahagian timur negara Jepun. Harta benda hilang nilainya. Mayat terapung-apung. Ekonomi Jepun bakal jatuh. Dan pada masa kini apa yang dibimbangkan ialah loji tenaga nuklear Fukushima.. Mujur mengikut pihak berkuasa tempatan, tiada sebarang kebocoran pada logi tersebut walaupun ia turut digegarkan oleh gempa bumi. Walaubagaimana pun seramai 2000 penduduk di kawasan berhampiran diarahkan berpindah. Ini adalah gempa bumi yang terburuk pernah melanda negara Jepun. Beberapa gempa susulan juga turut di kesan.  Amaran Tsunami juga dikeluarkan untuk beberapa buah negara yang berada berhampiran dengan pusat gempa.
Sesuatu yang mengejutkan saya, apabila seorang rakan memberitahu bahawa amaran tsunami turut dikeluarkan untuk negeri saya, Sabah. Saya tak tahu sumber asalnya, namun perkara ini agak heboh d laman twitter. Jadi saya agak panik + bimbang. Amaran tersebut menyebut "Tsunami bakal melanda Sabah dan Labuan antara jam 6.oo pm hingga 12.oo am".Dan di ingatkan agar tidak mendekati kawasan pantai. Saya amat bimbangkan sebahagian saudara mara yang berada di Sipitang. Sungguh saya tidak dapat melelapkan mata semalam. Hujan lebat yang di susuli dengan petir menganas di luar. Sungguh sejuk keadaan d Semporna pada ketika ini. Jam 4.oo pm~>Matahari baru sahaja menampakkan dirinya sebentar tadi, itu pun masih sahaja di selubungi oleh awan gelap.. Syukur Ya Allah!! Negeri kami ini Engkau lindungi.. 

Bencana kali ini seharusnya menimbulkan keinsafan kepada kita terhadap bertapa kerdilnya kita di bawah kekuasaan Allah S.W.T. Dengan yang demikian saya menyeru kita semua agar meningkatkan amal ibadah kita selagi berkesempatan. Semoga kita di matikan sebagai umat Nabi Muhammad yang akan mendapat syafaat Beliau dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...