Sunday, February 20, 2011

Simptom-Simptom Serangan Virus

0 comments
~~Assalamualaikum~~


Pada entry kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang serasa saya amat perlu malah wajib untuk anda ketahui,tak kira anda siapa.Selagi anda berkaitan dengan komputer,selagi itu anda wajib mengetahuinya!!!Mungkin ramai yang da tahu benda ini,kalau anda dah tahu.Syukurlah!! Kalau yang belum atau tidak tahu tu,bah (<~sabahan) teruskan membaca.Semoga bermanfaat!Insyaallah.

Merujuk perkara diatas (hahaah..mcm surat rasmi pulak jadinya!!),apa yang ingin saya sampaikan dalam enry kali ini ialah berkenaan simptom-simptom atau dalam bahasa yang lebih mudah ialah,tanda-tanda serangan virus pada komputer anda. Antara tanda-tanda yang dapat anda kesan ialah:

1. Folder Option Hilang ~ Folder Option adalah pilihan untuk tetapan pada Folder anda,maksudnya di sini sekiranya ia hilang,anda tidak dapat membuat tetapan yang anda kehendaki pada folder anda. Cara memeriksanya ialah: Buka My Document > Tool > Folder Options.

2. Registry Editor (Regedit) Disable ~ Registry Editor adalah tetapan untuk program-program dalam komputer anda,sesuatu yang anda dapat tetapkan sesuka hati anda. Cara memeriksanya ialah: Klik Start >Run>taip "regedit">tekan enter.

3. Fungsi System Restore Disable ~ System Restore adalah program yang dapat mengembalikan tetapan sistem anda kepada suatu masa yang lepas. Jadi sebarang ralat atau kesalahan pada tetapan lepas dapat dikembalikan.Cara memeriksanya ialah: Klik Start > All Program > Accessories > System Tool > System Restore.

4. Task Manager Disable ~ Apabila anda tekan CTRl+ALT+DEL dan suatu messege pop-up tertera seperti berikut: "Task Manager Disable By Administrator",ada 2 kebarangkalian.Yang pertama anda sememangnya tetapkan sebegitu dan yang kedua komputer anda diserang virus.

5. Menu Search Hilang atau Tak Berfungsi ~ Cara memeriksanya ialah: Klik Start > Search

6. Kapasiti Semua File Sama ~ Terdapat 1 virus yang saya suka (sebab saya da biasa dengan virus ni!!!) yang saya panggil "Recycled.exe". Virus ni berfungsi menyembunyikan file kita dan mengantikannya semua file kita ke dalam bentuk (.exe). Kadang-kadang ia juga copy paste  file kita apabila kita klik pada file tersebut. Cara memeriksanya ialah : Lihat kapasiti file anda dalam satu folder,sekiranya sama (biasanya 1.18kb) sah komputer anda ada virus tersebut.

7. MSConfig Disable ~ MSConfig adalah tetapan untuk fungsi-fungsi tertentu bagi komputer anda,cthnya; Startup dan Service. Cara memeriksanya ialah : Klik Start > Run >taip "msconfig" > tekan enter.

8. Prestasi Menurun ~ Kadang-kadang anda akan merasai prestasi komputer anda menurun,contohnya semakin lambat dari yang selalu. Biasanya itu adalah antara tanda-tanda serangan virus.

9. Icon Fail Bertukar  ~ Apa yang saya maksudkan disini ialah,semua fail-fail anda (atau sesetengah) yang dalam format tertentu seperti .exe bertukar kepada fail dalam format shortcut iaitu .lnk. Yang ni banyak terjadi,sehinggakan agak memeningkan kepala bilamana semua fail-fail anda tidak berfungsi seperti yang diharapkan!

Bah (<~sabahan bah..ehehe)!!itu sahaja yang dapat saya rumuskan pada kali ini, Sebenarnya saya bukanlah seorang juruteknik komputer atau apa-apa yang berkaitan dengannya! Saya hanyalah seorang yang suka "explore" benda-benda yang berkaitan dengan komputer ni!! Jadi jika anda tak faham,teruskan bertanya!! Pada entry akan datang saya akan menulis bagaimana nak recovery "barang-barang" yang terkena virus seperti diatas ni. Apa-apa pun,yang paling penting ialah antara seharusnya punya Anti-Virus yang berkesan dan sentiasa update Anti-Virus anda. "Selamat Berperang dengan Virus"

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...