Saturday, February 12, 2011

.:Kemajuan + Kemodenan = Kemunduran Part 2:..

0 comments
~~Assalamuailaikum~~

Entry kali ini sebenarnya saya ingin post pada hari Jumaat,kerana idea untuk entry kali ini tercetus semasa saya pulang dari sembahyang Jumaat.Namun disebabkan tahap kelajuan "connection internet" yang sangat mengeramkan (tahap cipan!!),saya terpaksa menundanya ke hari ini!!!huhuhu..Apa-apapun masi belum terlambat kerana ada masa lagi untuk berubah pada Jumaat akan datang..Opss..!!terlepas cakap..hehe!!takpe memang disengajakan!!Yeah!!!Entry kali ini saya ingin mengajak anda berubah pada hari Jumaat akan datang..Aik!macam pelik saja bunyinya!!memang pelik pun~sebab kita diseru untuk sentiasa membuat perubahan secara konsisten yakni setiap hari ke arah kebaikan!Namun,perubahan adalah sesuatu yang tidak semudah makan kacang untuk dilakukan..Perlukan usaha dan tekad yang tinggi!!Ok~ok!!saya bukan nak bercerita secara menyeluruh berkenaan perubahan sebenarnya..Saya cuma nak anda (baca terus supaya anda tau siapa yang dimaksudkan!!) berubah mulai Jumaat akan datang!!Yeah!!mantap!!!hahah!!!

*Ok...Mod SERIUS sudah ni*

Seperti yang saya kata tadi,idea untuk entry saya kali ini tercetus semasa pulang dari sembahyang Jumaat! dan berkaitan sepenuhnya dengan hari Jumaat..Sebenarnya macam ni!..saya sebenarnya nak tegur beberapa sikap manusia hari ini setiap hari Jumaat!!Biar saya buat list supaya mudah difahami!!!macam ni:

1)  Hari Jumaatkah hari apakah sama saja!!-Hahaa~~Ada faham maksud saya???em..sebenarnya golongan yang saya maksudkan ialah mereka yang tak pergi sembahyang Jumaat,apatah lagi sembahyang fardu 5 kali sehari tu!!!Ini adalah salah satu sikap kebanyakan insan abad 21 ini~huhuhu...sungguh rugi!!Ada juga yang pergi masjid sembahyang Jumaat pada hari Jumaat tapi sembahyang fardhu yang 5 tu tak lepas!!huhuh~~yang ini pun saya rasa sama juga!!Dah yang rukun tak lepas,macam manalah tu~~huhuhu!!saya rasa inilah yang di maksudkan sebagai golongan Munafik (islam pada lidah sahaja..)

2)  Sudah langgar,cabut lari- Saya tak taulah samaada perumpamaan saya kena pada tempatnya atau tak!! Maksud saya disini ialah buat satu kesalahan,lepas tu tak recover kesalahan tu dan terus buat kesalahan lagi!!hahah..macam tulah!! Saya ingin berkongsi cerita dengan anda,suatu hari (hari jumaat juga,lepas sembahyang Jumaat) seorang kawan message saya,dia mengadulah kepada saya berkenaan sikap Abang Sepupunya yang agak "teruk" tu..ceritanya macam ni!!Sewaktu Azan Solat Jumaat berkumandang di tv,kawan saya ni sengaja menguatkan volume tv tersebut (betulkah ayat saya ni??) dengan tujuan menyedarkan Abang Sepupunya supaya solat Jumaat. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,Abang Sepupunya tadi bertindak menguatkan muzik pada telefonnya kalau tak silap dengan tujuan yang mengajuk kawan saya tu!!tanpa rasa bersalah!!huhuh..Astagfirullah!!Dahlah tak pergi sembahyang Jumaat,tak hormat azan pula tu..Apa yang dapat saya katakan kepada kawan saya ialah "bersabarlah"..Sebab apa!,kawan saya tu seorang perempuan (Huhuh..jangan fikir yang bukan-bukan pulak..). Saya takut bila dia bertindak menegur Abang Sepupunya tersebut,nanti lain pula jadinya,macam-macam boleh berlaku bila orang lelaki rasa tercabar!!jadi saya hanya dapat suruh dia bersabar sajalah..Semoga Abang Sepupunya tersebut mendapat pedoman!Amin.


3)  Tiada makna Khubah!!!- Hah..yang ni ada 2 golongan yang saya nak tegur,yang pertama pasal Khatib (orang yang menyampaikan khutbah Jumaat),saya pernah jumpa Khatib yang hanya tahu membacakan isi kandung khutbah (kertas yang diagihkan oleh Jabatan Agama Islam kepada Jawatankuasa Masjid sebagai pengisian khutbah setiap minggu) diatas mimbar,tiada unsur penegasan dan tanpa penghayatan.Dia terus baca sahaja!!Sehingga tiada masa untuknya,melihat para jemaah yang hadir!!Astagfirullah..Nah!!waktu tu mula la para makmum menguap dan sebagainya!!malah ada yang tertidur!!hahaha..Dan yang makmum ni pulak,sewaktu khatib menyampaikan khutbah,ada pula yang bercerita-cerita.Saya ada sebuah hadis yang sesuai untuk ini :

Abu Hurairah mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, "Apabila kamu mengatakan kepada temanmu, 'Diamlah', padahal imam sedang berkhutbah, maka kamu telah berbuat sia-sia (pahala kamu menjadi sia-sia)."

Bertapa jelasnya dinyatakan bahawa seseorang yang menegur seseorang yang lain dengan berkata "diamlah" dengan tujuan yang baik pun tidak akan mendapat pahala,apatah lagi orang yang di tegur yakni orang yang bercakap-cakap!!Sememangnya banyak terjadi..Sehingga saya pernah mendengar suatu cerita lucu perihal khatib bertindak menampar makmum yang sedang bercerita dengan rakannya ketika Khatib tersebut sedang menyampaikan Khutbah dari kawan saya!Tidakkah itu namanya lucu??Seorang Khatib turun dari mimbar bilamana kewibawaannya tercabar dan menampar orang??Yang ini saya tak cukup ilmu lagi untuk mentafsir hukumnya.yang pasti cerita ini memang lucu la,cuba anda bayangkanlah sendiri.

4)  Sembahyang tak tutup aurat-Saya pernah nampak seorang lelaki yang tak menutup aurat sedang duduk dihadapan saya ketika khutbah Jumaat sedang dibacakan!!Ini kes berat ni!!Em..sebenarnya macam ni,lelaki tersebut memakai baju yang terlalu singkat,sehinggakan apabila dia duduk bersila ketika khutbah dibacakan, belakangnya yakni bahagian pinggangnya (aurat) terdedah!Saya merasakan apabila beliau sujud nanti,sudah tentu hal yang sama terjadi,lainlah sewaktu berdiri!tapi yang ni Allahualam..

Jadi,untuk entry kali ini saya rasa hanya itu yang dapat saya kongsikan kerana mata saya pun sudah ada simptom-simptom mengantuk..hahaha!!
Saya ingin meminta maaf jika ada tersilap kata kerana saya hanya manusia biasa yang tak lepas dari dosa dan menyeru sekali lagi agar berubahlah  pada Jumaat akan datang,Semoga kita tergolong dalam golongan yang diangkat pahalanya ke sisi Allah S.W.T. Amin!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...