Monday, February 7, 2011

.:Kemajuan + Kemodenan = Kemunduran Part 1:.

0 comments
Bismillahhirahmanhirahim.. Assalamualaikum!!!

            Pertama-tama sekali saya sebagai blogger yang baru dalam dunia blogging ini berasa amat kecewa dengan kemajuan yang dicapai oleh manusia hari ini~Ya!sungguh kecewa!!Kerana kemajuan yang dicapai 
adalah sama nisbah dengan kemunduran akhlak yang berlaku dalam masyarakat kita,khususnya. Bagaimana sebenarnya kita melihat kemajuan itu dari kacamata kita sebagai individu islam sendiri??Apakah kemajuan ekonomi?? Peningkatan taraf hidup??atau lain-lain??? Bagi saya,kemajuan harus dinilai daripada semua aspek kehidupan!~Belum cukup takrifan "kemajuan" itu andainya ada aspek yang tertinggal! 

Salah satu yang saya ingin katakan ialah berkenaan taraf sosial masyarakat kini. Sungguh banyak kemungkaran yang berlaku disekeliling kita samaada kita sedari mahupun tidak atau kita buat tak tahu sahaja!
Berdasarkan sebuah hadis:

Dari Abu Sa’id Al-Khudri R.A dia berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah kamu mengubah 
dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

.....maka dengan itu saya terpanggil untuk menyampaikan coretan kekecewaan saya yang pertama iaitu berkaitan dengan "tradisi berpakaian" anak-anak muda masa kini!!!

Beberapa hari yang lepas saya bersama Pak Cik saya melalui suatu kawasan taman perumahan semasa dalam perjalanan ke rumah seorang kawan Pak Cik saya!!Ketika melalui kawasan perumahan tersebut,kelihatan beberapa orang remaja perempuan(umur lngkungan 13-15) sedang bergurau senda di sisi jalan sambil memerhatikan beberapa kanak-kanak yang sedang bermain berhampiran mereka!Sebenarnya tiada sebarang isu yang timbul bilamana remaja-remaja tersebut "berbaju"!!!.Ya!! mereka tidak "berbaju"...suatu budaya "primitif" yang remaja-remaja tersebut bangkitkan kembali!! Janganlah salah faham apa bila saya berkata sedemikian,maksud saya bukan la mereka tidak berbaju sama sekali!!Tetapi mereka memakai pakaian yang "menelanjangkan" mereka..Alamak!!makin confuse la macam ni~!!Baiklah..biar saya gambarkan pakaian remaja-remaja tersebut!!Em....yang pertama mereka tidak bertudung,yang kedua mereka hanya memakai baju t-shirt yang serasa saya selayaknya dipakai oleh kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan memakai seluar pendek yang langsung tidak mencapai paras lutut!!Nah..bayangkan la keadaan mereka itu..

              Perkara pertama yang saya fikirkan ialah mereka bukan dari golongan yang tak mampu beli pakaian kerana mereka tinggal di kawasan perumahan yang di diami oleh golongan penjawat awam!Sepertimana 
yang kita sedia maklum golongan yang  serba mencukupi. Jadi saya tolak alasan "tidak mampu beli" itu...  

Perkara kedua ialah "keselesaan". Pada saya la,sebagai seorang individu malah seorang lelaki saya tak akan selesa berpakaian sebegitu. Ni saya seorang lelaki,yang sudah ditentukan batas aurat dari pusat 
hingga ke lutut..Ini kan pulak mereka yang bergelar perampuan.. Mungkin mereka tidak tahu,batas aurat seorang perampuan. Di sini saya ingin tegaskan bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka 
dan telapak tangan (ada ulama berpendapat bahawa tapak kaki jua terkecuali!). Jadi dalam ertikata yang lain,perampuan lebih banyak yang perlu dilindunginya dalam tubuh badannya berbanding lelaki!. 

                Untuk itu,saya meletakkan kesalahan pertama dalam hal ini kepada ibubapa mereka!! Ya..itu sebenarnya tanggungjawab ibubapa mereka!~Andainya mereka meletakkan agama islam sebagai teras 
kehidupan,maka hal tersebut tidak akan terjadi. Bukankan anak-anak itu umpama sehelai kain putih yang harus dicorak oleh ibubapa utuk menjadikan kain tersebut cantik (cantik perkerti yang saya maksudkan)??? Golongan Ibubapa harus sedar hakikat ini. Seperti kata pepatah "Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi"..Jadi, andainya golongan ibubapa menerapkan nilai-nilai tidak baik dalam diri sendiri,maka adalah sungguh tidak mustahil anak-anak mengikutinya. Jadi,sebelum ingin bergelar ibu atau bapa,tanya diri!! Anak-anak aku nanti,aku nak buat mcm mana ha??? Dan perkara yang sebaik-baiknya adalah mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh kerana salah satu amalan yang tak akan putus walaupun kita sudah meninggal dunia ialah "doa anak yang soleh"..

Anak-anak juga harus dipersalahkan!!!kadang-kadang anak-anak yang "berdarah panas" ini terlalu ingin menonjolkan diri!! Menjadikan budaya hedoisme sebagai ikutan. Mereka melihat budaya hedoisme 
sebagai sesuatu yang normal atas nama kemodenan!! Kenichi Ohame pernah berkata; Kekuatan sesebuah negara kelak bukan lagi pada sumber bahan mentahnya tetapi adalah di ukur berdasarkan keupayaan 
kepimpinan dan masyarakatnya (lebih kurang macam ini la ayatnya tu..tak berapa ingat)..Inilah yang dimaksudkan oleh Pak Lah suatu masa dahulu sebagai "modal insan".Jadi,andainya anak-anak muda 
sekarang ini yang kelak akan mewarisi tampuk kepimpinan negara sudah tidak berakhlak dan jahil serta hanya tahu bersuka-suka (budaya hedoisme) ,maka bagaimana mungkin keadaan negara pada masa hadapan? Adakah anda ingin dijajah seperti pada masa dahulu kala?? Sebenarnya sekarang ini pun,kita sudah dijajah secara kecil-kecilan tanpa kita sedari. Mereka menjajah pemikiran kita.

Saya sebenarnya bukan apa!!!Sebagai lelaki saya tak berasa senang melihat perlakuan golongan hawa yang tak menutup aurat ni: Sehingga saya pernah tulis kat Facebook macam ni;
"Don't judge a book by it's cover!!"<~aku suka idiom ni,tapi hipokrit la aku kalau aku ndak "judge" seseorang perampuan yang ndak bertudung!!
p/s: Saya minta maaf jika "ANDA" terasa apabila anda faham maksud sebenar saya!!!...

dengan tujuan menyedarkan mereka yang lupa dan membenarkan firman Allah yang bermaksud: 

Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan orang perempuan yang beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya, semasa mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan-perempuan yang baik. - (al-Azhab: 59).

Cuba bayangkan apa yang terjadi andai perampuan yang tak tutup aurat menjadi santapan mata pemuda-pemuda yang kurang iman!! Tidakkah bertambah lagi kes-kes jenayah yang Polis kena selesaikan???
Tepuk dada,tanya iman.!

Jadi,untuk itu..marilah kita bersama-sama muhasabah diri!!!Kita sebenarnya nak jadi apa??? Di akhirat nanti kita nak masuk pintu mana??? Neraka atau Syurga??? Janganlah nanti Malaikat Izrail datang baru hendak taubat dan insaf. Sama-sama la kita berdoa semoga negara kita akan terus aman dan makmur. Dan semoga kita sentiasa dalam rahmat dan ampunan Allah S.W.T.

Amin Ya Rabbal Alamin..




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...